Showing posts with label ink9. Show all posts
Showing posts with label ink9. Show all posts
Saturday, September 25, 2010

:: dikala stress melanda diri ini ::

MySpace stress ke????
takpa....jom kita rehat jap dengan mengikuti beberapa tips menghilangkan stress
.OK, ready...
MySpace kita mulakan dengan 
tariiiiikkkkk..... 
hembuuuuuuuss...... 
tariiiiikkkkk.....
hembuuuuuuuss...... 
buat la dalam beberapa kali asal tak semput sudah
MySpace lepas tu, goyang-goyangkan badan tu
ala-ala gelek gitu bior longgar urat-urat yang tegang tu....
MySpace 
teruskan exercise dengan cara begini... 
MySpace 
opps....jaga-jaga jangan sampai tak boleh bangun
MySpace berlari setempat tapi jangan laju sangat ala-ala joging gitu...
setempat
MySpace kemudian berjalan ala-ala begini......
MySpace hayya....hayya.. wa caya lu..
MySpace 
huk...hukk.. waca... waca...... wacaaaa...
. MySpace next
, tarik-tarik pipi tu bagi tembam sikit ha...
macam tu kan dah naik sikit pipi tu
MySpace jerit dengan sekuat hati keluarkan apa yang terbuku kat hati....
jerit, jerit, jerit, jerit,jerit
boleh tambah do re mi fa so la ti do.... - - - - - 

last but not least
 
MSN Onion IconMySpace 
tidur la seketika untuk hilangkan stress n have a sweet dream... 



doakan saya agar sempat submit :
repot BIG esok..
RPH ALQURAN - selasa
esemen PIM 3103 - rabu
arab - rabu
gerko n m3 kamis

smga karnival koku bjalan lncar..
buku program...under progress..

 
Friday, July 16, 2010

journey to sik::

salam..
16 julai 2010..
permulaan hari dengan ucapan syukur alhamdulillah kepada Allah SWT kerana saya masih lagi berkesempatan untuk menghirup oksigen di atas muka bumi ini..
meneruskan hidup dengan memulakan misi perjalanan di hari cuti ini..
owh seronoknye andai saya bergolek2 di atas katil menyambung tidur yang selama ini terpaksa dikorbankan + kelas yang terpaksa dituang + assignment yang sentiasa bertangguh serta ISL yang masih tidak menjumpai titik noktahnya..

huhu..banyaknye saya membebel..
act saya nk crite pasal pengalaman saya berjalan-jalan mencari pasal menerima undangan ke rumah beliau di sik, kedah..

perjalanan bermula agak lewat iaitu sekitar jam 1100 am...

bergerak dengan 4 moto n 1 kereta
kapasiti seramai 11 manusia..
inilah mereka..
sila kenal pasti diri anda sendiri
 pemandangan yang cukup indah..
tengs wat sume yang ckup sporting
mengajar kita n mendidik menjadi warga pendidik 
yang cekal dan sanggup berkorban apa saja

tengs kepada miss azliana
peneraju utama kepada majlis mkan2 ineh..
ckup sdap...smpe menjilat jari..
akk doakn moga jodoh ang mmg dgn ...........
SESUAI AMAT!!!
siyes..i x bohong u


wajah2 behind da scene..
siyes sy smkin gomuk!!
cisss..
cantik kn view kt blkg 2???

inilah kenderaan official kami..
tengs kepada PAMA kerana sudi menaja kenderaan kami ini..
even jalan berselut dan our vehicles got dirty..
at least we learn sumtin new..
not every people live in the wealth
they want us to teach them and give them knowledge..

apakah yang dibuat oleh cik gadis ini??
p/s :: saya berdoa semoga cik gadis ini diberikan kekuatan untuk meneruskan hidupnya..
Monday, July 05, 2010

mati itu pasti!!

mati itu pasti..
xkire usia..tua atau muda..
xkire thap kesihatan..sihat mahupun sakit..
x kire siape..sama ada tua atau miskin..
kte sume tetap sama..
hamba Allah yang kerdil lagi hina dina..
kurang dari setiap segi..ilmu..paras rupa..kelebihan..kepandaian..
kekurang dan kelebihan adalah kurniaan daripada Allah..
namun kadang-kadang kita lupa..alpa dan leka..
di setiap pertemuan..pasti ada perpisahan..
disetiap permulaan pasti akhirannya..
dan setiap permulaan kehidupan pasti ada kematian..

Kematian adalah satu perkara yang pasti akan berlaku. Firman Allah : 

"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian.”  

Masalahnya tiada siapa yang tahu bila dia akan mati. Mungkin Allah mahukan setiap hambanya sentiasa bersedia dengan kematian yang bakal menjelma. Ironinya, andai Allah takdirkan kematian itu adalah satu perkara yang mampu di ketahui oleh manusia, pasti ramai manusia yang akan bermain-main dengan tujuan hidup mereka yang sebenar. Mungkin taubat ketika itu dianggap sebagai bahan usikan semata.

Apabila berlaku kematian, jelas terpancar di wajah waris-waris si mati keadaan yang sugul dan berduka dengan pemergian insan yang tersayang. Inilah ratapan yang menjadi adat terutamanya masyarakat melayu kita. Di saat pengurus jenazah mengatakan, ”Di minta waris-waris menatap wajah arwah buat kali terakhir”. Pastinya waris-waris yang terdiri daripada anak-anak, isteri dan adik-beradik mencium si mati mungkin buat kali pertamanya. Mungkin sukar untuk menzahirkan kasih-sayang di dalam bentuk fizikal berbanding yang berbentuk emosi ketika arwah masih hidup dahulu. Penghormatan terakhir ini memberi makna yang mendalam kepada setiap orang yang menyaksikannya. Semoga mereka yang telah pergi ke rhmat Allah dilimpahkan rahmat dan keamanan di alam sana.

Mungkin ini satu ingatan buat diriku yang sering lupa. Nabi s.a.w. pernah berpesan kepada umatnya. 


"Di saat kematian itu menjelma akan terputuslah segala amalan kecuali 3 perkara iaitu;
sedekah jariahnya ketika hidup,
ilmu yang bermanfaat 
dan
do’a anak yang soleh”.
Bila diamati semula wasiat nabi ini maka beruntunglah bagi mereka yang beringat ketika hidup. Ya Allah letakkanlah kami di kalangan orang-orang yang kau kasihi.

Mudah-mudahan Allah meletakkan mereka ini dekat denganNya dan memberikan keamanan di alam baqa sana berkat doa anak-anak yang soleh. Insyaallah.


p;s :: semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
Thursday, August 27, 2009

a....z

....A TO Z TENTANG CINTA....
A >> ALLIANCE
• Cinta itu lahir dari PENYATUAN dua hati..
B >> BRIGHTEN
• Kehadiran cinta mampu MENERANGI hidup yg suram..
C >> CARING
• Namun cinta tidak bermakna andai tidak saling MENGAMBIL TAHU antara satu sama lain..
D >> DEAR
• Ini kerana orang yg di cinta adalah orang yg paling penting dan DISAYANGI...
E >> ENHANCE
• Oleh itu, biarpun cinta ada di hati, namun harus tetap perlu berusaha untuk MENAMBAHKAN lagi kasih sayang yg ada..
F >> FOREVER
• Agar cinta akan kekal UNTUK SELAMANYA...
G >> GOOD
• Untuk menjadi pencinta yg sempurna harus menjadi kawan yg BAIK pada pasangan..
H >> HONEST
• JUJUR dalam percintaan..
I >> INTELEGENT
• BIJAK dalam menentukan mana yg baik untuk si dia..
J >> JOKE
• Ceriakan hidup si dia dgn GURAU dan SENDA...
K >> KIND
• Hati perlu sentiasa BERSIH dan LUHUR dalam percintaan..
L >> LOYALTY
• SETIA pada yg satu..
M >> MANNER
• Sentiasa MENJAGA TINGKAH LAKU dan maruah diri....
N >> NEED
• Dan perlu sentiasa ada rasa SALING MEMERLUKAN...
O >> OBJECTIVE
• Seperti hidup, dalam percintaan juga harus ada MATLAMAT dan TUJUAN...
P >> PASSION
• Untuk mencapai matlamat harus ada KEINGINAN dan KESUNGGUHAN....
Q >> QUALITY
• Cinta yg BERKUALITI adalah cinta yg ikhlas bukan kerana simpati atau kerana terpaksa..
R >> RESPONSIBILITY
• Dari keikhlasan, akan lahir rasa TANGGUNGJAWAB..
S >> SURVIVE
• Untuk TERUS HIDUP memperjuangkan cinta yg dibina agar sentiasa bahagia..
T >> TOLERATE
• Sikap TOLAK ANSUR harus ada..
U >> UNPREDICTABLE
• Kerana setiap orang sukar diduga, jadi perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi yg TIDAK DI JANGKA..
V >> VALUABLE
• Sentiasalah menghargai cinta kerana cinta itu amat BERNILAI dan bukan boleh di jual beli..
W >> WISH
• Cara terbaik menghargai si dia adalah cuba MENUNAIKAN apa sahaja yang diinginkan dari kamu..
X >> X FACTOR
• Kerana KEKUATAN cinta adalah pengorbanan..
Y >> YOU
• Yang KAMU lakukan..
Z >> ZERO
• Dan TIDAK PERNAH mengecewakannya walaupun secebis kuman..
>>>> huhuw...soooo syuwiitttt rite??! Bercinta??ape tu??haa,, luuuu piiikiiirr laa sendirii..pape pun,, Cintailah yang Maha Mencintai...!=]

who's try to ruin my life...u'll be like this...beware...huhuhu
Tuesday, August 11, 2009

sistem pendidikan di Malaysia ke arah menghasilkan modal insan gemilang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Yang dihormati saudara Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif lagi bijaksana, penjaga masa yang sentiasa berpaksikan keadilan dan masa seterusnya tuan-tuan dan puan-puan, hadirin hadirat sidang warga depan yang saya kasihi sekalian.

” Sistem Pendidikan di Malaysia ke arah melahirkan modal insan gemilang”, begitulah bunyinya tajuk pidato yang akan saya sampaikan di pagi yang mulia ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Belakangan ini, isu pembangunan modal insan kerap diperkatakan oleh masyarakat Malaysia. Hal ini adalah implikasi daripada pengenalan rangka kerja pelaksanaan baru iaitu Misi Nasional yang telah diperkenalkan oleh mantan Perdana Menteri kita, Tun Abdullah Hj. Ahmad Badawi bagi merealisasikan impian Malaysia yang ingin menjadi sebuah negara maju yang teguh, bersatu dan kekal utuh meskipun bakal berdepan dengan pelbagai cabaran, rintangan dan persaingan global.

Menurut Kamus Dewan, modal bermaksud kiasan sesuatu yang digunakan untuk mendapatkan sesuatu yang lain manakala insan ialah perkataan Arab bererti manusia. Maka, modal insane merupakan potensi, kemahiran atau tenaga manusia yang digunakan untuk mencapai matlamat pembangunan, kemajuan dan kemakmuran negara Menurut Ahmad Iman Arief dalam bukunya “Modal Insan Cemerlang”, modal insan atau lebih merujuk kepada penghasilan para remaja yang berketerampilan yang diyakini akan memasuki gerbang pekerjaan suatu hari nanti.Oleh itu, bagi memastikan modal insan itu mempunyai kualiti, pendidikan yang berterusan seawal kanak-kanak hingga ke menara gading amat diperlukan. Hal ini kerana golongan inilah yang mampu merealisasikan impian negara menjadi sebuah negara Islam yang maju menjelang tahun 2020 kelak.

Fadillah Mansor dalam artikelnya “Pembangunan Modal Insan” (Majalah Visi, April 2007) pula merujuk pembangunan modal insan sebagai pembangunan sumber manusia yang perlu digilap di peringkat awal iaitu semasa di usia muda kerana ia merupakan elemen penting bagi memastikan negara terus berdaya saing dan berdaya tahan lebih-lebih lagi dalam zaman ekonomi sejagat yang berlandaskan pengetahuan serta bertunjangkan sains dan teknologi . Modal insan melalui kekuatan jasmani dan rohani ialah aset terpenting yang harus dijana sebaik mungkin demi mencapai prinsip Al-Falah iaitu kejayaan di dunia dan di akhirat. Hal ini bertepatan dengan pernyataan dan gesaan Allah SWT dalam Surah Yusuf ayat 76, firman-Nya yang bermaksud: “Kami tinggikan darjat orang yang Kami kehendaki dan atas tiap-tiap orang yang berpengetahuan itu, ada lagi yang maha mengetahui.”

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Misi Nasional menekankan usaha membangunkan modal insan secara holistik, melalui penekanan terhadap penguasaan ilmu pengetahuan, modal intelektual termasuk ilmu Sains Teknologi dan Keusahawanan, pembudayaan sikap progresif dan pengamalan nilai murni, sikap etika dan moral yang tinggi seperti yang ditegaskan di dalam Pelan Integriti Nasional (PIN).

Misi Nasional memberikan penekanan utama kepada pembangunan modal insan "minda kelas pertama” dan bina upaya sebagai batu loncatan ke status negara maju. Hal ini telah diperjelaskan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (2006 - 2010). Pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan oleh kerajaan dalam menjayakan misi negara ini. Antara usaha kerajaan melibatkan pelancaran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) itu sendiri, yang mana meletakkan usaha Membangunkan Modal Insan sebagai teras kedua selepas Membina Negara Bangsa.

Sistem pendidikan di Malaysia haruslah dijadikan sandaran utama ke arah menghasilkan modal insan yang gemilang yang mana mampu memandu hala tuju negara ke arah Wawasn 2020, sebagaimana yang disasarkan oleh kerajaan. Tumpuan juga turut diberi dalam aspek pembangunan modal insan yang mana ia merupakan usaha berterusan yang mampu mencorak ke arah kegemilangan negara. Dengan modal insan yang baik dan berkualiti ia mampu mencapai matlamat RMK-9.

Kejayaan masa hadapan bergantung kepada mutu modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian. Sejajar dengan teras ini, Kerajaan akan melaksanakan usaha penambahbaikan sistem pendidikan negara secara menyeluruh, dari peringkat prasekolah hinggalah ke peringkat tinggi dan vokasional. Persekitaran yang menggalakkan akan diwujudkan untuk menjana lebih banyak usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D). Pada masa yang sama, penekanan akan diberi kepada usaha memupuk masyarakat berbudaya dan memiliki kekuatan moral.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Hasrat kita, bermula dari sistem prasekolah hingga ke pengajian tinggi, biarlah serba molek dan serba teratur. Barulah sistem sekolah kebangsaan yang kita ingin perkasakan, hinggalah ke menara gading, dapat menuju arus kejernihan membina modal insan. Modal insan gemilang yang ingin kita lahirkan pula wajar mengamalkan pendidikan sepanjang hayat, menguasai lebih daripada satu bahasa dan berbudaya ilmu yang tinggi. Nampaknya kini, dalam era ekonomi berasaskan pengetahuan, kekuatan sesebuah negara semakin bergantung kepada keupayaan penduduknya untuk menjana dana intelektual. Jika dahulu sebelum merdeka, cukup dengan pendidikan kelas dewasa untuk membasmi buta huruf. Selepas daripada itu, tahap kelulusan rata-ratanya meningkat kepada ijazah pertama. Namun kini, untuk lebih berjaya dan kompetitif, menuntut pula kepada tahap kelulusan yang lebih tinggi daripada ijazah sarjana muda.

Kita hendaklah melangkah lebih jauh ke peringkat sarjana dan ijazah kedoktoran, dalam usaha membudayakan tradisi penyelidikan di bidang sains dan teknologi. Ini merangkumi pelbagai bidang seperti penemuan baru, hasil kreativiti penciptaan serta penambahbaikan proses pembuatan dan pengurusan. Oleh itu, hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membangunkan modal insan dengan ciri individu dan masyarakat Malaysia yang maju, memastikan akses, ekuiti dan kualiti yang menjadi tunjang agenda pendidikan dapat diteruskan, merintis dan menerajui perubahan demi melonjakkan sistem dan institusi pendidikan ke tahap dunia pada 2020.
Maka, Kerajaan melalui Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) menggariskan enam teras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang bersifat holistik yang perlu diperjuangkan semua lapisan warga pendidik. Enam teras itu adalah membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memperkasa sekolah kebangsaan, merapatkan jurang pendidikan, memartabatkan profesion perguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan.

Sejajar dengan itu, beberapa strategi khusus dirancang melalui PIPP untuk mencapai matlamat ini. Antaranya ialah menyediakan lebih banyak pilihan pendidikan kepada ibu bapa dan pelajar. Hal ini boleh dicapai dengan cara meneruskan kewujudan pelbagai jenis sekolah, aliran mata pelajaran dan pengkhususan. Selain itu, meneruskan pendaftaran Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Agama Negeri di seluruh negara. Aliran MPV di sekolah-sekolah juga perlu diperluas dan dimantapkan lagi. KPM juga perlu meningkatkan peruntukan perbelanjaan pengurusan kepada Sekalah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.

Strategi lain ialah meningkatkan keupayaan dan minat pelajar agar dapat mendorong mereka berusaha menguasai ilmu dan kemahiran berlandaskan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif melalui Program Pembestarian Sekolah. Maka, penyediaan infrastruktur dan perkakasan mencukupi perlu dilakukan. Pihak KPM juga berperanan dalam mengkaji pelaksanaan KBSR dan KBSM supaya lebih menekankan kemahiran berfikir aras tinggi. Secara tidak langsung, hal ini dapat memupuk budaya cintakan ilmu pengetahuan. Transformasi ini perlu difokuskan kepada pengemaskinian kurikulum melalui memperluas pelaksanaan j-QAF, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan ke dalam Tahap 1 di sekolah rendah dan peringkat sekolah menengah.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Selain itu, pelajar dilengkapi dengan kemahiran khasnya ICT dan berketrampilan melalui pemantapan Program Amalan Kebersihan Sekolah dan kerja amal serta menganjur ceramah, seminar, kem motivasi dan bengkel bertema pembangunan insan untuk memupuk pelajar mengamalkan budaya kerja berpasukan dan pembinaan sahsiah murni. Dalam pada itu, selain daripada asas-asas teori dan praktikal, setiap program perlu mengandungi komponen-komponen tertentu yang berfungsi memupuk nilai-nilai murni, membina kemahiran serta memperkasa keyakinan diri agar pelajar dapat menyesuaikan diri dalam masyarakat dan alam kerjaya masa kini. Komponen-komponen yang saya maksudkan termasuklah kemahiran berkomunikasi dan penggunaan teknologi maklumat, keusahawanan, pemikiran kreatif dan kritis, asas-asas pengurusan dan sebagainya.

Seterusnya, perhatian khusus perlu diberi melalui pemantapan proses kokurikulum dan sukan. Contohnya menggalakkan penglibatan daripada semua pelajar. Guru pelatih juga diberikan pendedahan awal dalam sukan, kokurikulum dan kejurulatihan. Maka, infrastruktur dan kemudahan prasarana yang lebih baik diperlukan bagi memastikan strategi ini dapat dijayakan. Transformasi perlu dilakukan untuk memantapkan sistem, kualiti pengukuran dan penilaian secara holistik supaya suasana persekolahan tidak terlalu berorientasikan peperiksaan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Fokus perlu diberkan dalam usaha memperkukuh disiplin pelajar melalui kempen seperti Kempen Anti Buli, Kempen Anti Ponteng, Kempen Pencegah Salah Laku dan Program Keselamatan Jalan Raya. Selain itu, peraturan disiplin baru boleh digubal dalam membendung gejala tidak sihat ini. Maka, penglibatan daripada ibu bapa dan Jawatankuasa Bertindak amatlah diharapkan selain mempellbagaikan saluran aduan disiplin secara terus dan serta merta.

Strategi terakhir ialah memperkukuhkan kerjasama antara KPM dengan pelbagai agensi untuk menjalankan pelbagai aktiviti pembangunan modal insan. Selain itu, semua pihak juga didedahkan secara telus mengenai projek-projek serta program-program pembangunan pendidikan yang akan dilaksanakan oleh KPM. Malah, KPM turut menggalakkan penglibatan pihak-pihak berkepentingan dalam setiap program yang ingin dilaksanakan, bukan sekadar untuk mendapatkan pandangan, tetapi untuk memberikan peluang kepada mereka untuk turut serta dan terlibat secara aktif bagi menjayakan wawasan pendidikan yang telah dibentangkan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Strategi khusus ini adalah berlandaskan Matlamat dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Di samping memeprkembangkan lagi potensi pelajar secara keseluruhan, usaha adalah ditumpukan untuk melahirkan insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan mempunyai modal yang berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran kepada agama, bangsa, masyarakat dan negara. Ringkas kata, di bawah konteks pembangunan negara, konsep modal insan gemilang ini dapat dirumuskan sebagai tenaga rakyat yang berpengetahuan dan berkemahiran, yang progresif, bermoral dan beretika tinggi, yang berfikir secara kritis dan kreatif, yang cekap mengurus maklumat komunikasi dan teknologi, yang mampu bersaing di pasaran kerja global, serta yang berusaha mengamal pembelajaran sepanjang hayat. Pembangunan modal insan gemilang melalui sistem pendidikan di Malaysia adalah usaha ke arah pencapaian peningkatan tahap produktiviti dan daya saing, sebagaimana yang ditegaskan dalam Matlamat Wawasan 2020.

Dasar pendidikan yang terancang dapat membentuk insan yang sempurna dan seimbang. Ibaratnya, jika laut yang luas itu pasaran kerja yang serba mencabar, sementara sistem persekolahan pula umpama mata air yang jernih di hulu sungai, maka eloklah perjalanan air dalam sungai berliku itu jernih hingga ke muara. Semoga negara kita akan lebih kaya dengan modal insan yang mampu merealisasikan hasrat dan cita-cita negara agar terus cemerlang, gemilang dan terbilang di mata dunia.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Setakat ini dahulu pidato saya pada pagi ini. Semoga apa yang saya perkatakan tadi dapat diberikan perhatian dan tindakan yang sewajarnya. Sebelum saya mengundur diri, pohon ampun dan maaf andai tersilap bicara, tersalah kata dan keterlanjuran budi bicara.

Sekian, terima kasih.
Friday, May 29, 2009

kawan mKn Kwn??

juz nk kongsi rsa ati ni..
sgt x pueh ati ble ad kwn y talam 2 muka..
aka muka tembok pon sme jgek..
sgt menyakitkn ati..

seb bek r cuti da stat..
x yah jmpe dorg da..

tanx ye yana..
a lot plak 2..
miss u lot..
tanx 4 da strgth..
u pon sme2 tau..
kne kuatkn diri..
nk hdapi smpe 3 owg skali..

pndapat korg tntg kawan???

nk share sket mende dr nawo ni..
" kdg2 trase diri ini kletihan dspnjg pjalanan..
namun kdg2 diri ini bgtu bsmangat meniti hrpan di msa depan..
tpancar sinar hrapan..
mgkin krana adanya dirimu, sahabat n teman..
sbgai pinjaman Tuhan buatku..
terima kasaih ya ALLAH krn kurniakn n pinjamkan teman seperti ini..
x kn dpt daku lupakan tmn smpai kumenutup mata kerana dikaulah permata bharga y sangat bernilai y tlh daku jumpa tika ku belayar di lautan kehidupan..

luv u..
Thursday, March 19, 2009

diari..

tetibe je windu kt die..
da lme x tgk muke..
mmg smpe ble2 pon x kn tgk die da..
sbb..
x tau r..
pkir2 la sndiri ek..

al-fatihah wat arwah luqmanul hakim..
smga roh dicucuri rhmat dan dtmpat bsama glgn y b'iman.
amin..
 

Blog Template by YummyLolly.com