Showing posts with label anisdrikhwan. Show all posts
Showing posts with label anisdrikhwan. Show all posts
Monday, August 15, 2011
rindunya...
sy slalu ingat awak
tmbh2 bulan ramadhan ni..
asal la sy xbley lupakan awak

napa sy xkuat mcm mak awak..mcm mk saya
sy marah diri saya
sy x buleh macam ni..
seolah2 saya xredha dgn ketentuan Allah
dah tersurat sejak azali..
sy mimpikan awak..
tp org ckap mimpi tu mainan tidur kn..
urmmm...

sy x buleh dok sorg2..nt sy t'igt kt awak
sy x buleh tgk barang yang awak bagi.. 
sy x buleh nk jumpa mak ayah awak
sy gelak2..tp sy menangis dlm hati
sy bising..tp sbena nya sy tipu diri sy

kenapa la sy lemah sgt ni!!!

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya die telah berjaya dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya. (Surah Ali Imran 3: 185)

al-fatihah wat arwah
sayang .. zulkarnain ikhwan
adik .. meor luqmanul hakim
tok .. meor abd malek , ibrahim , sharif
sedara mara , muslimin muslimat fi kulli makan wa fi kulli zaman







BACAKAN DOA NI YA...

Wahai Allah, ampunilah ............., 
naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup.
 Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam,
 luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.

Ya Allah ampunilah dosanya,
 sayangilah dia, 
maafkanlah dia, 
sehatkanlah dia, 
muliakanlah tempat tinggalnya, 
luaskanlah kuburannya, 
bersihkanlah dari segala kesalahan sebagaimana kain putih bersih dari kotoran, 
gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, 
keluarga yang lebih baik dari keluarganya, 
pasangan yang lebih baik dari pasangannya 
dan 
peliharalah dia dari seksa kubur dan seksa neraka."

amin ya rabbal 'alamin...



Seorang yang sudah wafat memang akan terputus amal-amalnya. Sebab orangnya sudah meninggal, tidak mungkin akan dapat melakukan amal. setelah kewafatannya,semua amalnya sudah terputus, sebab mayat tidak mungkin melakukan amal ibadah.
Benarlah sabda nabi Muhammad SAW ketika mengatakan bahawa seorang yang meninggal akan terputus amalnya, kecuali : 


"Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah, anak yang shalih yang mendo'akannya atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya" 
(HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad).





Wednesday, January 05, 2011

result n rindu pada dia

alhamdulillah..
i've got my result for the last semester
ALHAMDULILLAH..THANKS TO ALLAH 
bersyukurnya saya atas keputusan xm saya

hope for this new sem ::
:: be more serious to study ::
::no more sleeping time during classes::
::make notes::
::doing the assignmment n works given by lect very well::
::no more rewang2 during xm::

umi n ayah.. pray 4 my success

*******************************************************************

satu perubahan yang baru dalam idop sy skg ni
no more sumone like betting the result wif me..
really mis u , love..

Bagai pita video yang diputar semula. 
Tanpa dipinta segala kenangan bersama yayang bermain di kepala.

"Ya Allah! Janganlah kau hilangkannya dari kenangan, agar ianya bisa menjadi semangat dalam medan perjuangan."

Bagi saya, 
walaupun pada hakikatnya jasad dan roh awak sudah meninggalkan kita, 
tapi semangat awak akan sentiasa mekar dijiwa saya.

Allah... cukuplah setakat ini. 
Saya tak sanggup nak menuliskannya lagi. 
Ianya hanya tinggal kenangan. 
Sebagai bekalan semangat menghadapi masa hadapan.
moga saya diberikan ketabahan utk mhadapi hari2 yg mendatang tanpa kamu di sisi


"Kenangmu dalam doaku" 
Moga impian kamu dalam pencarian redha Allah tercapai.

Wallahua'lam

Alfatihah buat Almarhum
Monday, December 13, 2010

hey i'm single..

Hey, I am single
Don't wanna mingle
Unless it's legal
Or else it's evil
There's only one girl
My wife, my angel
(What Single Muslim Brothers Say)
I am available but not for sale,
Don't you ever expect me in your mail,
There's only one story beneath this veil,
It's modesty, and not an ad to hail,
Woo me not because you will surely fail,
You really really think I am that frail?
You're not a hammer and I'm not a nail,
I don't want a boyfriend, he's such an ail,
I would prefer to be stuck in a jail,
But I'm free of you and your fairytale,
If you want me then be the alpha male,
Don't hide in your shell like a slimy snail,
Be my husband, by Allah we stand still.




~still waiting 4 da right person~

Ya Allah 
Dengan nama Allah,
Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan,
Dia milikku tercipta buatku,
Satukanlah hatinya dengan hatiku,
Titipkanlah kebahagiaan antara kami,
Agar kemesraan itu abadi …
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihi,
Seiringkanlah kami melayari hidup ini,
Ketepian yang sejahtera dan abadi,
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan,
Dia bukan milikku,
Bawalah dia jauh dari pandanganku,
Luputkanlah dia dari ingatanku,
Dan peliharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan,
Menolak bayangannya jauh ke dada langit,
Hilang bersama senja yang merah,
Agar ku sentiasa tenang,
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah…
Pasrahkanlah aku dengan takdirMu,
Sesungguhnya apa yang telah Engkau Takdirkan,
Adalah yang terbaik untukku,
Sesungguhnya Engaku Maha Mengetahui,
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukupkanlah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku,
Di dunia dan di akhirat,
Dengarlah rintihan dari hamba-Mu yang daif ini,
Janganlah Engaku biarkan aku bersendirian,
Di dunia ini mahupun di akhirat,
Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan
kemungkaran,
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman,
agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup,
Ke jalan yang Engkau redhai,
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berilah kami kebahagiaan di dunia dan kebahagiaan di akhirat,
Dan peliharalah kami dari azab api neraka,
AMIN… AMIN… AMIN…
YaRabbal’aalamiin…
 
YA ALLAH KEPADA MU AKU MEMOHON PETUNJUK DAN PERTOLONGAN
AKU MEMOHON KEPADAMU KURNIAKANLAH KEPADA INSAN YANG TERBAIK WAT DIRIKU
BISA MENERIMA KEKURANGAN DIRI YANG SERBA HINA DINA INI

 
Seorang kawan dtg mencari… meluahkan isi hatinya… bahawa dia telah terjatuh hati pd seorang lelaki… katanya; pada awalnya dia masih mampu melawan perasaan itu… dibuangnya jauh-jauh supaya tiada maksiat di hati… supaya tiada angan kosong yang melalaikan… kerana dia seorang yang mahu menjaga dan memelihara hak hatinya pada hanya yg berhak… kagum sungguh saya padanya…   
Saya sangat2 mengenalinya… dia seorang yg kuat dan sentiasa jelas dgn kehendak diri sendiri… dia seorang yg tak pernah lupa diri dan tak pernah pula kalah dengan mainan hati…. Tapi kali ini…. DIA TEWAS…. Setelah berusaha sekeras hati, sedaya mungkin…. Perasaan itu tidak pernah pergi… semakin cuba dilupakan, semakin perasaan itu datang merisik… “apa aku patut buat NAWW?” itulah soalannya pada saya… 
Dia tahu persahabatannya dengan lelaki itu baik, tetapi mengapa perasaan yg lebih dr kawan itu datang menjengah? Ermm kawan saya tu sendiri tak punya jawapan… maka perlukah dia mengorak langkah menyusun kata meluah perasaan? Oh tidak~! Itu bukan cara terbaik pada saya. Dan soalan bertubi-tubi diajukan kepada saya… tak terjawab rasanya… Katanya lagi; air mata sudah jadi teman setia setiap kali dia mengenangkan gelora hatinya… aku sangat2 mengasihanimu wahai teman… dapat kurasa sakitnya menahan perasaan yg tak terluah itu…  
Menyukai seseorang itu lumrah alam… itu adalah ketentuan dan kemanisan yg ALLAH anugerahkan… maka andainya perasaan itu datang, ia datang bukan sbb kita yg mintak kan? itu adalah nikmat sebenarnya…Tetapi, dalam menjalani hidup2 seharian, hubungan lelaki dan perempuan ada batas2nya… dan apabila urusan hati menjadi mainan utama, maka tindakan segera perlu diambil agar kita tidak terleka… dalam kes kawan saya ni, dia tidak mahu bermain dengan hati dan perasaan… kerana itu, dia kepingin sekali mengetahui adakah lelaki itu jodohnya sehingga ALLAH mengujinya sehebat ini? Mengapa debarannya, perasaannya pada lelaki itu semakin menderanya? 
“jadi, apa arah yg aku kena tuju skarang ni NAWW?” 
tanya kawan saya tu lagi… Tak terduga, dia kini sudah hilang arah…. Dia yg saya kenal dari dulu bukanlah begini… Sebagai kawan, apa lagi yg dapat saya nasihatkan? 

Pabila kita manusia dan hamba hina ini kehilangan arah, maka ke mana lagi harus kita pergi? Hanya padaNya… duhai teman, doa di atas ini adalah doa yg baik untuk kita pohon dan amalkan agar kita ditemukan dgn jodoh yang benar2 telah ALLAH tuliskan untuk kita… andainya si lelaki itu benar untukmu, maka pohonlah agar ALLAH memberi petanda yang jelas… mendekatkan kalian dengan cara yang baik, menyatukan hati kalian dengan jalan yang dianjurkan dalam agama kita… Dan andaikata dia bukan jodohmu, maka berdoalah agar ALLAH menenangkanmu… menjelaskan apa yang kabur agar tidak terdera lagi perasaanmu… mohonlah padaNYA… mohonlah sehingga tenang rasa hatimu…
Soal hati ini bukanlah soal yang mudah utk dijawab…. Hanya si pemilik hati yang tahu bagaimana rasa hatinya tu kan? sejak saya di sekolah menengah, mak saya pesan…. 

“kak, berdoalah dari sekarang agar ALLAH menjaga dan memberi kesenangan kepada jodoh Akak tu… kerana jodoh adalah apa yg ALLAH dah tetapkan… walaupun kita tak jumpa lagi jodoh kita, tapi sentiasalah berdoa supaya ALLAh menemukan akan dan dia pada masa yang sesuai dengan cara yang baik…berdoalah semoga ALLAH memberikan kesempurnaan akal kepadanya, kesempurnaan kesihatan dan yang terpaling penting… supaya dia dipelihara ALLAH menjadi seorang mukmin yg ada imannya… dan pada masa yg sama, berdoalah agar kita nanti menjadi jodoh yang terbaik juga untuknya, maka bermohon dan berusahalah untuk menjadi hamba yang baik, agar kita bukan sahaja mengharapkan yg terbaik, tetapi mampu menjadi insan yg baik disisi jodoh kita nanti untuk saling lengkap-melengkapi…” 

Itulah pesan mak saya… dan saya sampaikan pula kepada kawan saya tu… supaya dia tak lupa bahawa doa itu adalah senjata kita… Jgn lupa juga doakan saudara-saudara kita di Gaza…. Bila difikir2kan semula… kita sekarang ni hanya terseksa dengan mainan hati, soal perasaan… dan kadang2 mungkin masalah kesempitan wang, tidak ckp itu dan ini…. tapi hakikatnya kita masih boleh menjalani hidup sempurna seperti biasa… sedangkan pada masa yg sama, jauh di sana… anak2 kecil dan wanita2 palestin sedang berlawan dengan kekejaman dan kezaliman Israel, orang2 tua dibunuh tanpa belas ehsan…

mengapa wanita-wanita, anak-anak kecil dan orang2 tua yg menjadi sasaran rejim zionis ini? dan mengapa anak-anak muda yg mereka biarkan untuk hidup? sedangkan pada fikiran logik akal, golongan wanita, kanak2 dan orang tua itu adalah golongan yg lemah….
mereka sangat bijak… yahudi; strategi mereka disusun sempurna… wanita-wanita dibunuh, kerana dari rahin itulah, akan lahirnya khalifah-khalifah… anak-anak kecil menjadi sasaran kerana generasi inilah yang membara hatinya, paling membakar semangatnya untuk melawan dan membalas dendam… inilah kumpulan yang akan bangun mempertahankan bangsa dan agamanya… org2 tua takkan dibiarkan lepas untuk hidup kerana mereka inilah yang akan menceritakan sejarah2 dan segala kekejaman rejim zionis kepada org2b palestin… maka sebelum semangat jati diri lekat di dada generasi muda, maka golongan inilah yg patut dihapuskan terlebih dahulu…. lantas mengapa pula anak2 muda bukanlah sasaran utama mereka? itu kerana… anak2 muda boleh disogok dengan mudah… hanya perlu kelabukan mata dengan hiburan dan kesenangan…. itulah strategi yahudi… sekecil2 langkah marilah kita menanam kebencian… minimakan penggunaan barang2 US dan apa sahaja yg menyumbang kepada israel… semoga selemah2 usaha ini dapat meringankan beban yg ditanggung saudara2 kita di sana… 

sesunguhnya saya yakin, aqidah di hati mereka tak pernah goyah…malah mereka semakin kuat… untuk berjuang bersama-sama… saya tahu saya tidak mampu… hanya doa yg dapat dipanjatkan agar ALLAH memelihara mereka… gugurnya mereka adalah syahid… hidupnya mereka menjunjung agama sebagai perwira Islam…. Mudah2an sakit mereka itu sama2 kita rasa…. Dan kepedihanmu itu saudara-saudaraku… Tak terbayang akalpendek ku ini…
Wassalam.
 
Monday, October 25, 2010

fwen ::


 your friendship has meant understanding,
joy, 
sharing-everything good.
because of you,
i've laughed a little harder,
cried a little less,
smile a lot for no special reason.
because of you,
my world is a happier place.
because of you,
i felt the warm embrace of a good and lasting friendship.

once in a lifetime
you find a friend
who touches not only your heart
but also your soul

once in a lifetime
you discover someone
who stands beside you
not over you

once in a lifetime
if you are lucky
you find someone
as i have found you

very special people
we can be ourselves with
talk with, laugh with,
hope with and believe with.....

*lucky to have outstanding people around me, your presence means everything to me (^-^)..thanx my dear friends~ 
 
 
 
tengs a lot for my dearie fwen..
always give ur ears to hear my story
lend ur shoulder to cry
being with me anytime
eventhough it time to sleep..

trillion hugs for u


nape mereka ??
haha..
family jpp..


saya bakal bertunang dlm masa yang terdekat ??
ameen..
haha..

bsama adek2 ku yang havoc + perut tangki besar
siyes..
korg mmg best r..
ukhuwah abadan abada..


siapakah gadis yang comel itu??



pismp pai n ppismp pai
pas ni wt ag eh..

N ALL MY FWEN

FROM

kindergarten..
musq .. 
sk syeikh mohd idris al-marbawi.. 
smka sultan azlan shah ..
kolej matrikulasi melaka.. 
usm.. 
ipg kampus darulaman


Wednesday, September 29, 2010

21 years old::

alhamdulillah..
i still give a chance to breathe 

actually tanx to my fwen yg wish 4 my bufday..kt twitt,pesbuk HANISAH SUHAIMI, fs, myspace n through my phone..
adiah nye mane??
haah..


i'm 21 years old today..

moga dgn ptmbhn umor ni..
syep akan more matured..
2 make a decision..

wishlist 4  dis year ::
- honda city
- dslr
- umrah

can I??

but the most important thing..
i want to be a good daughter for my parent, a good sister for my siblings and a good fwen for my members..
luv u ol lots..
but al-fatihah jugak wat arwah..
kegembiraan dlm kesedihan..
sepatotnya beliau juga menyambut bufdaynye hari ini..
adkh sy x reda dgn ketentuan Allah..
xdpt terima ketiadaan di dunia ni??

ya Allah berikanlah kekuatan kepada diriku, keluargaku n keluarganya..
moga dia ditempatkan dikalangan orang yang beriman..

amin..
Monday, September 27, 2010

mereka yang bergelar ibu ayah ::



Suatu waktu dahulu..
Alhamdulillah dapat melihat dunia hingga saat ini..kita keluar dari rahim seseorang yang bergelar ibu.itu lah ibu kita hingga dunia dan akhirat..
Kita diajar meminum susu, meniarap, merangkap, berjalan dan berlari. Kita diajar mengenal huruf alif, ba dan ta..huruf a, b dan c..Diajar membaca bismillahirrahmanirrahim..diajar solat..diajar mengeja, membaca..diajar segala2nya..oleh dua insan itu..ibu dan abah..
Bila da besar sikit..dihantar ke tadika..masuk sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke universiti..ingat lagi setiap detik itu..ibu dan abah hantar kita untuk tuntut ilmu..mencari pengalaman baru..setiap yang diaturkan untuk kita itu, semata2 untuk kebaikan kita di masa hadapan..insyaallah itu yg terbaik utk kiita, anak2 mereka..
Rindunya ibu dan abah..terlintas di fikiran..ibu dan abah berkerja sehari-hari utk apa??dari sebelum kahwin hingga saat ini masih bekerja..dari kuat tubuh fizikalnya hingga kini yang mungkin tidak sekuat dulu masih bekerja lagi..dari ibu dan abah yang dulu tidak beruban, kini dah beruban masih bekerja lagi..untuk apa semua tu??utk kita anak2 nya..Ya Allah besarnye pengorbanan mereka..
Ibu abah tidak pernah sedikit pun mengeluh atas segala kerenah kita..yang sorang perangai nya macam tu, sorang lagi mcm ni..dan pelbagai kerenah lagi ank2mu ini..tapi ibu abah tetap kuat dan tabah harungi semua tu..
Ya Allah berikanlah kekuatan kepada bah dan ibu ku..berikan kesihatan berpanjangan..gembirakan dan tenangkan hati mereka..rindu
Kita??bagaimana??... 

Kini tinggal dua susuk tubuh yang setia di situ, setia menanti, sentiasa berdoa untuk kecemerlangan, kesejahteraan dan kebahagiaan setiap anak-anaknya walau di mana pun anak-anak itu berada.

Setia di teratak ini menangisi di dalam hati, anak masing-masing pulang ke tempat belajar, tempat bekerja

Yang diharapkan mereka pasti kejayaan anak-anak masing-masing dan pastinya "DOA" yang wajib dan mesti setiap anak-anak itu titipkan di dalam setiap sujudnya, di dalam setiap doanya.

Itulah harapan ibu bapa.

Bukan sekadar dua susuk tubuh di hadapan ku ini sahaja seperti ini, saat ini

Pasti ibu bapa yang lain juga ditinggalkan di kampung, di rumah berperasaan seperti ini, setelah anak-anak, cucu-cucu beraya bersama lebih kurang seminggu, kini anak-anak pulang kembali menjalankan rutin harian biasa sebagai pelajar dan pekerja

Buat diri dan semua insan yang bergelar anak, yang masih bergelar anak dan pasti yang tetap bergelar anak

Titipkan doa kita buat ibu bapa kita

Setiap saat, setiap waktu di dalam solat kita

Selain kecemerlangan dan kejayaan anak-anak dalam setiap amal ibadatnya, doa buat mereka pasti yang mereka dambakan dari insan yang bergelar anak ini

Sentiasalah menghubungi ibu bapa kita di kampung walau sesibuk mana pun kita

Kerana pasti mereka sentiasa menantikan khabaran anak-anak dan kita bertanya khabar mereka walau di mana pun kita berada

Mereka tetap di situ dan masih setia di situ, mananti khabaran dari anak-anak

Sunday, July 25, 2010

ceritera saya::

And that it is He Who makes laugh, and makes weep.
And that it is He Who causes death and gives life
(Surah An-Najm, 43-44)

alhamdulillah..masih lagi diberikan peluang untuk bernafas dan diberikan nikmat iman dan Islam dalam diri ini..
meskipun setiap hari yang dilalui penuh jerih payah dan tekanan yang terpaksa ditempuh dengan sepenuh kekuatan dan ketabahan..
tengs a lot 4 ma family *umi, ayah, sibling* and few fwen yang masih ada disisi 
saya akui minggu ni saya lalui dengan penuh rasa kesedihan..
x mampu nk diceritakan..
i feel dat i'm lost in my own world..
i hate dat feeling!!!damn much.. 

sakit,
terlalu sakit,
hanya mampu menangis
selain berdoa,
tak mampu bertahan,
ketawa
ceria
semua ini hanya pada pandangan luaran..
tapi didalam?
hanya Allah yang tahu,

Ya Allah..
kuatkanlah hamba ini..



renungan and kata2 cinta dari teman

Wahai wanita SOLEHAH,
jangan risau akan jodohmu..
kerana muslimin yang bijaksana itu,
tidak akan terpaut pada wanita 
hanya pada kecantikan,
lirikan senyuman,
bicara manja yang menggoda,
pujuk rayu yang meruntun iman...

Sesungguhnya..
lelaki itu adalah pemimpin kepada wanita,
andai belum sampai jodohmu,
anggaplah bahawa adam yang kau nantikan itu,
sedang membina sahsiah kepimpinannya
bagi dirimu..

Kerana pada wanita itu
pasti ada kekurangannya,
dan adam yang benar-benar layak
akan hadir untuk melengkapkan mu..
dan ketika itu kamu akan merasai 
begitu indahnya dunia ini 
apabila dipertemukan dengan jodoh yang 
SOLEH..


so amacam?
touching tak?
touching tak?
baca la dengan sehabis feeeeeel..
baru lah touching..

so..
for those yang still single n bujang trang tang2 lagi,
jangan risau..
hepi slalooo!
haha
akan ada jodoh kita kat luar sana.. (kita??erk! kuang3..)
cepat/lambat je bezanya (betol ke?kuikuikui..)insyaAllah..janji Allah sentiasa bersama kita
sesungguhnya..
"Wanita-wanita yang jahat adalah untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat adalah untuk wanita-wanita yang jahat, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik." 
(Surah An-Nur)

nota tambahan:
Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:
"Janganlah kamu nikahi wanita-wanita kerabat terdekat, maka sesungguhnya anak yang bakal lahir nanti berakhlak lemah fikiran dan akal."
 
Saturday, June 26, 2010

tahap berjaya n cemerlang manakah kita..andai..

let's start..

بسم الله الرحمن الرحيم


urmm..dalam ke'hot' an mdapat result..
amat mengerunkan..
semoga saya berjaya mndapat result yang okeh..

andai kata saya tidak secemerlang mana..
usaha lagi..chayok2..gambate~~;)



"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorg melainkan (balasan) apa yang diusahakannya..."(53:39)


Dan saye tetap bersyukur Alhamdulillah..usaha masih tak cukup lagi...jadi untuk sem depan kenalah berganda-ganda lagi usaha saye untuk dapatkan yang lebih baik dari result sekarang.. cara menghafal pun harus diperbaiki dan dipertingkatkan lagi.. (al-maklumlah orang macam saye ni tak suka sangat nak menghafal ayat buku tu..somehow kena belajar dari kesilapan..learn from mistake dan tak boleh ulanginya lagi, jadi kenalah ambil pengajaran...remember: orang beriman, tidak melakukan kesilapan yang lama berulang kali~~)

Bile sesuatu perkara berlaku kepada saye...saye lebih suka melihat kepada hikmahnya...jadi saye pun nak ajak anda begitu... berbalik pada result yang bakal saye trime  ni kan.. katakanlah Allah beri saye rezeki dan dapat deanlist sedangkan saye ni 'tak sudy sangat' or banyak 'maen dan tido aje'...huhu bimbang juge mungkin terbit perasaan yang cm gini: Aku yang tak berapa study pun dapat deanlist...jadi Allah lebih tahu yang terbaik untuk saye maka saye tahu yang usaha saye tu belum cukup kuat lagi untuk menjadi asbab untuk dapat deanlist...

Bila kita kenal Allah dan mengharapkan persandaran hanya padaNya, kita akan menerima segala sesuau yang ditakdirkan untuk kita dengan berlapang dada. orang yang dihatinya bersama Allah... baik ke, buruk ke dia tetap akan bersederhana...

Bila mendapat musibah dan ujian... dia berbaik sangka dengan Allah..tahu itu adalah tarbiyah (didikan) Allah untuknya..untuk menguji sejauh dan setakat mana kesabaran, muhasahabah hambaNya.. dan Bila diberikan kejayaan.. dia bersyukur tetapi tidaklah merasakan kejayaan itu hak miliknya yang mutlak.. jangan kejayaan itu menjadikannya isti'raj (bimbang  nikmat yang dikurniakan Allah, menjadikan kita lalai..)


"Maka apabila manusia disentuh oleh sesuatu bahaya, dia segera berdoa kepada Kami; kemudian apabila Kami memberikannya sesuatu nikmat (sebagai kurnia) dari Kami, berkatalah dia (dengan sombongnya): Aku diberikan nikmat ini hanyalah disebabkan pengetahuan dan kepandaian yang ada padaku. (Tidaklah benar apa yang dikatakannya itu) bahkan pemberian nikmat yang tersebut adalah ujian (adakah dia bersyukur atau sebaliknya), akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat itu)."(39:49)


Buat saya dan anda yang membaca,


jadilah kita MUSLIM yg belajar BKN pelajar MUSLIM! ade beza ke kn??

urmm..byk bezanya...

pelajar muslim hanya semata-mata kerana dia tengah belajar dan agama die islam..

tp kalo MUSLIM yg belajar...belajarnya kerana ALLAH...


  • studynya success, tp solat still awal waktu...xdilengah2kn..
  • stay up2, stay up jugak...qiyam dilazimi..subuh tak lajak...(i hate myself the most..whenever i've stayed up to study but then..my Subuh is almost 7..astaghfirullah...kelemahan yang masih perlu diperbaiki..;'(( O..Allah..ampuni kelalaian aku yang satu ini..)
  • berkwn..kwn juge..tp berkawan dia kerana ukhuwah & mmbwa kebaikn pd teman..
  • mase mudanya ini dihiasi dgn taubat, bakti, dan akhlak mulia.. (xcbuk nk couple2 or such things yg xberfaedah n lagho..)
  • sukannye utk kesihatan, moga dimudahkn ibadah dan menjaga 'dressing code' sukan yg syariat ttpkn..
  • sibuk, sibuk juga dengan assignment, lab report, ulangkaji, dan  nota...tapi masih dapat memberikan hak pada Quran untuk tidak meninggalkannya walaupun sehari..


Ada pro dan kontra nya...


Kalau tak bace quran hari-hari pun, solat ade jugak tinggal, 'dating' pun ada jugak.. dan bila studi sungguh-sungguh pun... memang Allah akan bagi result yang bagus..sebab Allah tu Ar-Rahman.. tp sayanglah kita....tak dapat Ar-Rahim Allah...yang mana dua sifat Allah yang sangat berkait rapat bahkan permulaan surah juga dengan dua sifat Allah yang agung itu..kalau yang begini..rugilah kita... kita same aje mcm Ah Chong atau Mutu yang dapat result bagus2 tu...


Pastu pula yang...solatnya tak tinggal, bace quran hari-hari...tapi bila waktu ambil result, keputusannya tak la bagus pun...urmm.. memang Allah nak uji...tapi kite kena muhasabah diri.. solat,quran memang hak Allah.. tapi sunnatullahnye.. nak ilmu, nak pengetahuan kenalah studi juge...solat, bace quran tapi langsung tak study tak bole la cm gitu kan...ade juga study tapi result still biasa2 aje.... itu maknenye usaha tak cukup kuat lagi...


Maka..


Marilah  muhasabah diri...kita nak kejayaan yang bagaimana...

Berjaya atas slip result, tapi hak Allah fault...(walaupun orang puji itu-ini...)
Sukses dengan hak Allah tapi kat slip result fault juge...(ini tak bole, fitnah pada Islam nanti)

Yang sebaik-baiknya... JOM kita jaga hak Allah tu yg utama dan jage juga Sunnatullah yang sepatutnya.. itulah orang yang berjaya... iaitu MUSLIM yang BELAJAR kerana ALLAH!!^__^




(:alangkah indahnya hidup ini>>>bile berbaik sangka dengan Allah s.w.t:)
Monday, May 03, 2010

lUaHaN aTi SaYa..

Assalamualaikum..
stlh sekian lme meninggal kn belogku ini sehingga bersawang-sawang fenuh..
kusapu bersih2..huhu..

knape saye pilih tajuk ni..
becoz sy nk kongsi ttg rase ati saya..
saya sedih..kecewa..kadang-kadang menangis keseorangan..
adkh sbab saya da lama tak balik umah??
or assignment yang terlampau banyak..
sume tu da berlalu lama dah..

saya nak kongsi cerita tentang saya dan die,mr.z..
act dis guy saya dah kenal since dari time saya form 2..
pekenalan scra x sengaja..
dari kawan kepada ssorg di hati.. (mode jiwang **)
adeh..
and rite noe being  fiancee..(mga jdoh kami kekal slama2 nya)

ok..juz da stating..okieh..

skg ni mr z..ngah sakit..
he got a cancer..
da smpe stage 4..
doc ckp cm da xde harapan
tp sy tau doktor bukan Allah..
ajal maut sume di ketentuan Allah..

lately yayang being too weak..
kdg2 sesak nafas..
sgt mudah putus asa..
don't have any confident for himself..
n stat suka cakap pelik2..

awak..tolong la..jgn cmni..kuat okeh!!!
plez wak..don't be like this..
yakin pada diri awak..
saya x mao awak tinggalkan saya di saat saya sgt2 perlukan awak..

saya x dapat nak temankan awak di saat awak memerlukan saya..
asif jiddan..


and sume..plez tolong doakn semoga mr z cepat sembuh and sihat sejahtera.

moga mak ayah awak kuat..
mak ayah sy juga..
abg2 n akak awak n adik2 sy..

till the end..
Saturday, October 24, 2009
....A TO Z TENTANG CINTA....
A >> ALLIANCE
• Cinta itu lahir dari PENYATUAN dua hati..
B >> BRIGHTEN
• Kehadiran cinta mampu MENERANGI hidup yg suram..
C >> CARING
• Namun cinta tidak bermakna andai tidak saling MENGAMBIL TAHU antara satu sama lain..
D >> DEAR
• Ini kerana orang yg di cinta adalah orang yg paling penting dan DISAYANGI...
E >> ENHANCE
• Oleh itu, biarpun cinta ada di hati, namun harus tetap perlu berusaha untuk MENAMBAHKAN lagi kasih sayang yg ada..
F >> FOREVER
• Agar cinta akan kekal UNTUK SELAMANYA...
G >> GOOD
• Untuk menjadi pencinta yg sempurna harus menjadi kawan yg BAIK pada pasangan..
H >> HONEST
• JUJUR dalam percintaan..
I >> INTELEGENT
• BIJAK dalam menentukan mana yg baik untuk si dia..
J >> JOKE
• Ceriakan hidup si dia dgn GURAU dan SENDA...
K >> KIND
• Hati perlu sentiasa BERSIH dan LUHUR dalam percintaan..
L >> LOYALTY
• SETIA pada yg satu..
M >> MANNER
• Sentiasa MENJAGA TINGKAH LAKU dan maruah diri....
N >> NEED
• Dan perlu sentiasa ada rasa SALING MEMERLUKAN...
O >> OBJECTIVE
• Seperti hidup, dalam percintaan juga harus ada MATLAMAT dan TUJUAN...
P >> PASSION
• Untuk mencapai matlamat harus ada KEINGINAN dan KESUNGGUHAN....
Q >> QUALITY
• Cinta yg BERKUALITI adalah cinta yg ikhlas bukan kerana simpati atau kerana terpaksa..
R >> RESPONSIBILITY
• Dari keikhlasan, akan lahir rasa TANGGUNGJAWAB..
S >> SURVIVE
• Untuk TERUS HIDUP memperjuangkan cinta yg dibina agar sentiasa bahagia..
T >> TOLERATE
• Sikap TOLAK ANSUR harus ada..
U >> UNPREDICTABLE
• Kerana setiap orang sukar diduga, jadi perlu sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi yg TIDAK DI JANGKA..
V >> VALUABLE
• Sentiasalah menghargai cinta kerana cinta itu amat BERNILAI dan bukan boleh di jual beli..
W >> WISH
• Cara terbaik menghargai si dia adalah cuba MENUNAIKAN apa sahaja yang diinginkan dari kamu..
X >> X FACTOR
• Kerana KEKUATAN cinta adalah pengorbanan..
Y >> YOU
• Yang KAMU lakukan..
Z >> ZERO
• Dan TIDAK PERNAH mengecewakannya walaupun secebis kuman..
>>>> huhuw...soooo syuwiitttt rite??! Bercinta??ape tu??haa,, luuuu piiikiiirr laa sendirii..pape pun,, Cintailah yang Maha Mencintai...!=]
Sunday, August 23, 2009

ahlan wasahlan ya ramadhan..

hurmm..penatnye stating pose taun ni dgn demam..tp sdey sgt coz kt hosp stil ramei ag yg sakit kn..x pe..moga2 sakit yg diberi itu sbgai kifarah pd dosa kita pd masa lpas, kini n akn dtg..so, tmbh2 knlah ibadah dlm mase yg tgl lbey kuang 28 aie lg..ni 1 msg drpd adik usrah sy.." saban taun rmdhan bertandang n pergi..mengetuk pintu hati..masuk tanpa disedari..t'utamanya oleh hamba yang LUPA DIRI..berakhirnya menjadi tangis buat si pengejar ukhrawi..kerna belumpasti..masihkah bernafas untuk bertemunya lagi.."
Friday, May 29, 2009

kawan mKn Kwn??

juz nk kongsi rsa ati ni..
sgt x pueh ati ble ad kwn y talam 2 muka..
aka muka tembok pon sme jgek..
sgt menyakitkn ati..

seb bek r cuti da stat..
x yah jmpe dorg da..

tanx ye yana..
a lot plak 2..
miss u lot..
tanx 4 da strgth..
u pon sme2 tau..
kne kuatkn diri..
nk hdapi smpe 3 owg skali..

pndapat korg tntg kawan???

nk share sket mende dr nawo ni..
" kdg2 trase diri ini kletihan dspnjg pjalanan..
namun kdg2 diri ini bgtu bsmangat meniti hrpan di msa depan..
tpancar sinar hrapan..
mgkin krana adanya dirimu, sahabat n teman..
sbgai pinjaman Tuhan buatku..
terima kasaih ya ALLAH krn kurniakn n pinjamkan teman seperti ini..
x kn dpt daku lupakan tmn smpai kumenutup mata kerana dikaulah permata bharga y sangat bernilai y tlh daku jumpa tika ku belayar di lautan kehidupan..

luv u..
Tuesday, May 12, 2009

xm..xm..xm...mood..

huhuhuhu..
juz bz wif my stdy.. n book 4 sure..
nawo..by da way..add2 je la sy..
x kn view je kowt..he33
sowi x smpt nk update..
juz wish me lot of luck ek..
hope cn get 4.00 dis sem..
amin..
Friday, February 27, 2009

hope2

Telah kupandang insan yang seramai ini.
Maka aku saksikanlah bahawa setiap mereka mempunyai kekasih dan kecintaan di hati mereka,
Sebahagian drpd kekasih itu hanya mendampingi ketika waktu senang sahaja,
dan sebahagian lagi hanya sampai ke tepi liang kubur sahaja,
Setelah kesemuanya pulang dan meninggalkannya seorang diri.
Tak seorang pun turut masuk ke dalam kubur untuk menghiburkannya,
yang kemudian kudapati selain AMAL YANG SOLEH,
sebab itu kuambil Ia menjadi kekasihku,
supaya ia kekal menjadi pelita di dalam kuburku,
menghiburkan dan tidak meninggalkanku seorang diri di dalam kubur nanti.....
~IMAM GHAZALI~

so dat mean..
Sentiasalah ingat layak ke kite nak cinta org yang dicipta Allah sebelum cinta pada pencipta kita sendiri...
Allah Taala..
Adakah kita yakin bahawa kita betul2 dah mencintai Allah,
Ya Allah aku redha dengan ketentuanmu,
kau berilah yang terbaik untuk ku di dunia dan akhirat...

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..

Ya Allah
seandainya tlh engkau catatkan
dia milikku tcipta utkku
satukanlah hatinya dgn hatiku
titipkanlah kebahagiaan antara kami
agar kemesraan itu abadi
n Ya Allah Ya Tuhanku yang maha mengasihani
seiringkanlah kami melayari hidup ini

ttp Ya Allah
seandainya tlh engkau takdirkan
dia bukan milikku
bawalah ia jauh dari pandanganku
luputkanlah ia dari ingatanku
dan peliharalah daku daro kekecewaan
serta ya allah ya tuhanku yang maha mengerti
berikanlah aku kekuatan
melontar bayangannya jauh ke dada langit
hilang bersama senja nan merah
agarku bisa bahagia
walaupun tanpa bersama dengannya

dan Ya Allah yang tercinta
gantikanlah yang tlh hilang
tumbuhkanlah kembali yang tlh patah
walaupun tidak sama dgn dirinya
ya allah ya tuhanku
pasrahkanlah aku dgn takdirmu
ssghnya apa yg tlh engkau tkdirkn
adlh y tbaik buatku
krn Engkau Maha Mengetahui
sgl y tbaik buat hambamu ini

Ya Allah
cukuplah engkau sahaja yg mjadi pemeliharaku
di dunia n di akhirat
dgrlah rntihan dr hambamu yang daif ini
jgn Engkau biarkn ak sendirian
di dunia n di akhirat
mjuruskan ak ke lmbah kemaksiatan n kmungkaran
maka kurniakanlah aku seorg psgn y b'iman
spya a k n dia sama2 dpt mbina ksjahteraan hidup
ke jln y engkau redhai
dan kurniakanlah pada ku keturunan yg soleh
Amin ....Ya Rabbal A'lamin
 

Blog Template by YummyLolly.com