“Wahai sekalian orang yang beriman! Mintalah pertolongan dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) solat; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang yang sabar.” (Surah al-Baqarah 2:153)
sahabatku..
andai kamu mengeluh dengan apa yang berlaku dalam hidupmu
ingatlah setiap ujian Allah itu pasti ada hikmahnya
andainya hari ini kita menangis kehibaan kerana perkara itu..
belum tentu keadaan kita masih sama
mungkin keesokan harinya
keceriaan dan kegembiraan kita kembali
positive think korg!!
Allah tak pernah membebankan makhluk Nya dengan perkara yang tak terdaya dipikul oleh hambaNYa..
********************************************************************
namun tiap kali kamu rasa diri tergelincir dari landasan
andai rasa penuh onak dan duri yang perlu ditempuh
mudah digoda hawa nafsu
jangan sesekali kamu patah semangat
Sebab itu, jalan Allah jugalah yang paling indah dan sesuai untuk diikuti supaya manusia tak sesat. Allah berfirman : Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (al-Ahzab : 36)”
Ya Allah, rahmatMu seluas angkasa raya, keampunanMu mendahului azabMu. KasihMu lebih daripada kasih sayang seorang ibu. Limpahkanlah kasih sayangMu kepada kami. Kurniakanlah zuriat yang soleh dan solehah sebagai penyejuk mata kami.
Ya Allah, penuhilah hati kami dengan cintaMu, cinta kepada RasulMu, cinta untuk masuk ke syurgaMu. Amin ya rabbal ‘alamin..
0 nulih:
Post a Comment