i've received dis msg since 2 years ago..
lamanya..
td baru bekesempatan nak delete msg2..
*pemalas toi dak ni nak delete msg die*
antara yang mengusik ati ::
KENAPA AKU DIUJI?
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan
"Kami telah beriman" sedangkan mereka tidak diuji?
Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka
maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar
dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta
(Surah Al-Ankabut ayat 2-3)
KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,
dan
boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui
(Surah Al-Baqarah ayat 216)
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya
(Surah Al-Baqarah ayat 286)
RASA FRUST?
Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,
padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya,
jika kamu orang-orang yg beriman
(Surah Al-Imran ayat 139)
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
Wahai orang-orang yang beriman!
Bersabarlah kamu
(menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan)
dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,
(di medan perjuangan),
dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan)
serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)
(Surah Al-Imran ayat 200)
Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar
dan mengerjakan sembahyang dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat
kecuali kepada orang-orang yang khusyuk
(Surah Al-Baqarah ayat 45)
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
Sesungguhnya Allah telah membeli drpd org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka
(Surah At-Taubah ayat 111)
KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya.
Hanya kepadaNya aku bertawakkal
(Surah At-Taubah ayat 129)
![]() |
| give trust to Allah..Allah love who put his trust on His |
AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!
Dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah.
Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah.

0 nulih:
Post a Comment