Showing posts with label mahabbah::. Show all posts
Showing posts with label mahabbah::. Show all posts
Friday, May 20, 2011

::wanita itu rahsia::

“Maaf, saya hanya meletakkan segalanya kepada Allah. Andai benar saudara ditentukan untuk diri saya, maka keredhaan itulah yang akan saya pegang…tapi andai tidak diizinkan Allah, itulah juga yang terbaik untuk kita…”   

Andai seorang laki-laki menyatakan hasrat untuk menjadikan seorang wanita itu sebagai isterinya yang sah, lalu wanita itu membalasnya dengan kata-kata diatas, mungkin itu menjadi suatu kesukaran yang sangat rumit bagi lelaki tersebut. Apa tidaknya, kata-kata itu begitu luas maksudnya, begitu mendalam pengertiannya, malah amat sukar untuk ditafsir maksud disebaliknya..samaada terima atau mungkin tidak??     

Walaubagaimanapun, tidak semua mereka (iaitu kaum Hawa) memiliki keupayaan dan kerelaan untuk melafazkan kata-kata itu, kerana kata-kata itulah yang mencerminkan diri wanita itu sendiri sebagai ‘rahsia’. Ya, wanita itu sendiri adalah rahsia, dan kerahsiaan seorang wanita menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam diri mereka yang berhasrat untuk memilikinya.     

Namun, rahsia itu sendiri tidak diketahui wanita tersebut! Mengapa? Kerana rahsia itu hanya di dalam pengetahuan Allah,dan kerana itulah, untuk membongkar rahsia itu, ditumpukan segala ketentuan hanya kepada-Nya. Rahsia ini adalah hijab dan perisai dalam diri seorang wanita muslimah, yang mengetahui keperluan memelihara dirinya dan mengekalkan kerahsiaan itu. Rahsia ini hanya dimiliki seorang wanita yang berpegang teguh pada syariat Illah, yang berpendirian dalam meniti dan memupuk cinta, malah tidak mudah berbangga dengan kecantikan, penampilan dan kualiti diri dari pandangan mata manusia.    

Rahsia itu jika terbongkar, maka ia tidak akan lagi bernilai, pastinya ia bukan lagi istimewa, malah jatuh nilainya. Setiap wanita yang mengakui dirinya sebagai muslimah wajar memiliki rahsia diri. Itulah harga diri mereka, iaitu akhlaq yang disaluti manisnya iman, tutur kata dan pergaulan yang mencerminkan seorang muslimah berperibadi dan di sanjung tinggi. Rahsia ini tidak ada siapa pun yang mengetahuinya, melainkan Allah. Dan sesiapa yang ingin mengetahui erti disebalik kerahsiaan muslimah seperti ini, mereka hanya perlu merujuk kepada Allah; bertanya kepadaNya, meminta kepadaNya, memohon petunjuk dariNya, bukankah manis bila cinta itu berputik apabila hanya Allah yang menghubungkan kita?     

Apabila cinta itu ditujukan kerana keindahan akhlaq, kerana tingginya perisai yang melitupi diri itu, pastinya cinta itu mengharapkan keredhaan Allah. Rahsia yang disimpan dalam diri wanita muslimah, adalah rahsia yang menjadikan hidupnya begitu istimewa. Namun, keistimewaan itu akhirnya akan dikongsi mereka yang teguh mencari jalan, mengejar pengertian hakikat cinta teragung. Merekalah golongan yang bertuah. Mereka jugalah yang akhirnya bersama dibawah lindungan cinta dan rahmat Ilahi.       

Begitu indah bila kita memperkatakan tentang cinta. Tetapi ingatlah, cinta itu kurniaan Allah kepada hamba-hambanya, dan cinta itu juga boleh datang dari nafsu yang mana syaitan sebagai Tuhannya. Tidak perlu kisah, sekiranya cinta yang terpesong itu membawa sehingga terjalin ikatan hingga ke akhir hayat. Tetapi yang perlu dikisahkan, dimana keredhaan Allah? Rahsia itulah yang memelihara diri seseorang wanita, menjadikan dia kadang kala hadir dalam diri kita, tanpa kita sedari. Dan kerana itulah, kehadirannya sebagai kurniaan Ilahi.
Thursday, October 07, 2010

nasihat kehidupan ::

perjalanan hidup dalam meniti sebuah kamus kehidupan
penuh duri dan ranjau yang perlu ditempuh
kadang derita kadang bahagia kadang sengsara kadang kuciwa
indahnya hidup sebagai insan jika kita mampu mengawal diri dan nafsu
tipu la kalo korg kate korg x minat..kt sumting..kt ssuatu benda..kt seseorg yg pastinya..

asal banyak entri sal cinta eh??
tah r..xtau r..
kalo korg nak bace..bace r..
xmo bace..gi men jaoh2..

uhu..merajuk ke??
okeh2..
meneruskan taipan keyboard ttg NASIHAT KEHIDUPAN.

BACA EH..
 1...



2....




3..



1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita.
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.


2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA  RUMAH TANGGA TERUMBANG-AMBING
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda, tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

PRAKTIKKAN KESABARAN..
kalau rasa marah..benci..cemburu
ingat balik kebaikan yang pernah ditaburkan kepada kita
hidup sebagai manusia saling bergantungan antara satu sama lain
Ya Allah..kukuhkanlah dan tautkanlah kemesraan di antara kami
moga kebahagiaan  itu kekal abadi buat selamanya
janganlah kau pesongkan hati kami
setelah engkau berikan kami hidayah
serta kukuhkanlah kebahagiaan sehingga ke syurga yang abadi



tengs 4 readings..

sila tinggalkan jejak anda di sini..
terima kasih kerana sudi membaca..
jazakumullahu khairan khathira..
ilal liqa'
Wednesday, October 06, 2010

cerita untuk kamooo::

Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.





1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.





2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.





3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.





4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.





5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...





6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.





7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.





8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.





9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.





Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.





Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..





PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..





~ALLAH knows BESt!~♥

urm...awak2::

Dipetik drp Halaqah.net untuk renungan & tindakan bersama











Pada saat itu,Jiwa saya bergelora,
Walaupun serba salah....
Tetapi saya tetap bertegas
untuk menghantar massege kepadanya....
Lalu button Telefon CSL
Model i200F ditekan
-------------------------------------------------------------
Assalamualaikum....

Buat Awak yang sentiasa dirahmati Allah...

Awak,bukan saya tidak mahu memandang wajah awak...
tapi saya berdoa agar wajah ini menghiasi hari2 nanti..
hari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu melirik senyuman pd awak ...
tp saya selalu tersenyum didalam hati ...
agar senyuman ini 'mahal' dihari cincin di sarungkan di jari ...

Bukan saya tidak mahu bertanyakan khabar pd awak ...
tetapi saya sering mendoakan agar satu hari nanti ...
saya tak perlu bertanyakanya ...
dan saya sentiasa merasainya..di hari2 yang pasti...

Bukan saya tidak mahu bercakap dgn awak ...
tapi saya ingin menghabiskan bicara2 saya ...
tika mana saya dan awak 'bukan' lg 'Saya’ dan 'Awak'..
di hari2 yg pasti...

Bukan saya tidak mahu chatting dgn awak ...
tapi saya takut jari2 ini tidak diizinkan lagi ...
untuk membelai rambut awak,dihari2 yang pasti..

Bukan saya tidak mahu mesej dgn awak ...
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari2 yg pasti ...
tika itu mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi ...
yg diidam2kan oleh semua insani...

Bukan saya tidak ingin memandang wajah awak ...
tp,saya bimbang wajah ini tidak akan lagi ...
memberikan senyuman di setiap pagi,di hari2 yg pasti...

Bukan saya tidak ingin memandang senyuman awak ...
Tapi saya bimbang senyuman ini pudar dan layu ...
Di hari2 yang pasti ...

Bukan saya tidak ingin membelikan hadiah ...
Untuk hari jadi awak ...
Tp saya bimbang hadiah itu adalah terakhir ...
Dari saya untuk awak..tidak lagi
Dihari2 yang pasti...

Awak yakinlah,percayalah...
Bukan saya tidak ingin mengatakan rindu pada awak,
Tetapi rindu tika ini tidak akan
Membawa kepada rindu saya pada ilahi ...
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...

Bukan saya tidak ingin mengatakan mencintai Awak ...
Tapi saya tahu cinta saat ini tidak juga
Membawa kepada cinta saya pada ilahi ...
Kerana ia bukan hari2 yang pasti...
Saya tidak mahu agar hati saya dan awak mati ...
Lalu mematikan hubungan saya atau awak dengan ILAHI..

Awak,Tunggulah sebentar hari2 yang pasti ...
Tika itu,andai saya jatuh,awak menghulurkan tangan
Untuk memberi saya harapan ....
Tika saya kesedihan awak bersedia ...
Untuk tersenyum disisi dan menggembirakan,

Tika saya berseorangan awaklah teman ...
Tika saya kelalaian awaklah yang mengingatkan ...
Tika itu,saya dan awak..bukan lah 'saya’ dan ‘awak'lagi...
Kerana..ia adalah hari2 yang pasti ...

Berdoalah untuk hari2 yang pasti ...
Hari2 yang pasti bagi mereka yang ...
Menyandarkan harapan pada jalan kebenaran ...
Dan itulah jalan yang telah islam berikan ...

-Selamat Malam Awak-

Moga kita dipertemukan nanti,dihari2 yang pasti,seperti yang Allahu Rabbi telah janji..bagi mereka yang mana hati2nya tidak mati dihari2 yang tidak pasti...

Handset ditutup.....
Alhamdulillah,dapat jugak ku meluahkan
segala perasaanku melalui massege tadi,
Dengan pengorbanan yang kubuat,
Kuharap Allah akan menghadiahkanku,
Bidadari di dunia dan diakhirat,
Yang kenikmatannya lebih kekal abadi.....
Amiinn...

 insaf pabila mmbaca..namun sukar kan pabila yang ditegah itu slalu nye menjadi dambaan insan
ya Allah..ampunilah aku
sesungguhnya akulah hamba yang mudah terpedaya oleh nafsu dan godaan dunia
teringat kisah dunia ibarat nenek..
nak dgar cite x??
sila reply di comment syep..
p/s ::
moga hidup dan cinta kita sentiasa diberkati Allah..
cintai diri..hiasi peribadi jaga akhlak hiasi pekerti
cintai umi dan ayah..kerana cinta mereka pasti membuatmu bahagia
cinta adik2 ku.. moga aku bisa jadi contoh terbaik buat mereka
terima kasih ya Allah kerana memberikan mereka di dalam hidupku ini..
~luv hanisah suhaimi~
Tuesday, October 05, 2010

10 hadiah utama yang sering dilupai::

ni ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.
Saturday, September 25, 2010

kembali ::

Membazir...
Bila kita bazirkan air mata kerana putus cinta,
Cinta yang terang lagi bersuluh,
Cinta yang sudah nyata palsu.

Beruntung...
Menangis kerana meratap dosa yang bergadang-gadang,
Laungkan suara pada yang MENJAGA dirimu,
Jatuhkan air mata pada yang pasti.

Perlukah bercinta sebelum nikah...?
Ada ayat dalam al-Quran yang menghalalkan kah?
Kenapa bercinta perlu janji temu...berdua-duaan...tanpa muhrim...?
Siapa 'orang' ketiga? ramai orang buat-buat tak tahu...

Syaitan berbisik...
Manusia tertarik...
Kalau buat perkara haram itu memang nikmat,
Maka, ada hikmah yang besar Allah mengharamkan sesuatu... 
Agar hubungan lelaki dan perempuan itu menjadi mahal dan bernilai,
Di sisi ISLAM,
Tidak semurah RM0.50 satu SMS,
Tidak semurah RM33.10 bila belanja awek makan pizza hut,
Tidak semurah RM2.00 tiket LRT bila nak belanja awek pergi KLCC,
dari stesen KERINCHI
Tidak semurah RM7.00 harga tiket wayang,
Tidak semurah RM68 harga sewa sebulan modem jalur lebar *CELCOM BROADBAND*
untuk ber...Yahoo Messenger, ber...FaceBook dan ber...SKYPE dengan awek.
Lebih teruk lagi, tidak semurah berpegangan tangan sesama bukan muhrim...

Harga diri seorang wanita itu tiada nilainya,
Begitu juga harga diri seorang lelaki,
Tidak rugi menjaga kesucian agama,
Kerana besar hadiahnya dari ALLAH,
Dunia dan akhirat...

Manusia punya jiwa,
Tapi tergendala kerana dikawal oleh nafsu,
Akal itu menteri yang menasihati,
Hati ialah raja yang menentukan,

Cuba kita fikirkan...
Kalau kita bercinta sekarang,
Kita sudah luahkan kata-kata cinta,
FALSAFAH yang biasa DIDENGARI ialah
"BELUM TENTU lagi pakwe saya nak buat saya jadi bini..."
Sudah sedar...sudah tahu kan...
Maka, ini tidak adil buat bakal suami kita... 
jika, hati dan perasaan ini 
sudah diserahkan pada orang lain sebelum yang hak

hati dan perasaan hanya untuk JODOH kita, 
simpanlah sekejap perasaan itu...
bersabar sekejap dalam menanti jodoh.
Kalau dah bercinta sekarang...
kasihanlah pada sang suami kita nanti,
Kita tidak adil pada dia,
Sebab dia bukan orang pertama...
dia cuma orang terakhir saja.
Dia cuma dapat sisa atau bekas...

PULANGLAH DUHAI HATI pada jalan-NYA,
Pada jalan kebahagiaan abadi...

maafkan ku::


...MAAFKAN AKU WAHAI SUAMI...
Dua bilah kayu disatukan dengan paku. Dua ketul bata disatukan dengan simen.
Dua hati di satukan dengan apa? Jawabnya, dengan iman.

Dua hati yang beriman akan mudah disatukan. Jika dua hati mengingati yang SATU, pasti mudah keduanya bersatu.

Begitulah dua hati suami dan isteri, akan mudah bersatu bila iman di dalam diri masing-masing sentiasa disuburkan.

Bukan tidak pernah terguris. Bukan tidak pernah bertelagah. Tetapi jika di hati sama-sama masih ada ALLAH, perdamaian akan mudah menjelma semula. Yang bersalah mudah meminta maaf. Yang benar mudah memberi maaf. Tidak ada dendam memanjang. Masam cuma sebentar. Pahit hanya sedikit.

Itulah yang ditunjuk oleh teladan rumah tangga Rasulullah s.a.w. Ada ribut… tetapi sekadar di dalam cawan. Ada gelombang… tetapi cepat-cepat menjadi tenang.

Jika ditanyakan kepada dua hati yang bercinta, siapakah yang lebih cinta pasangannya?

Maka jawabnya, siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangannya. Justeru, janganlah hendaknya hanya berfikir bagaimana hendak mengekalkan cinta antara kita berdua, tetapi berusahalah terlebih dahulu agar mencintai kepada yang Esa. Jika kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan.
Jika paku boleh berkarat, simen boleh retak,

maka begitulah iman, boleh menaik dan menurun.

Iman itu ada “virusnya”. Virus iman ialah ego (takbur).

Jangan ada takbur, cinta pasti hancur.

Orang takbur merasa dirinya lebih mulia, pasangannya lebih hina.


Jika demikian, manakah ada cinta? Cinta itu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan. T

idak ada tangan yang lebih bersih. Dengan bersentuhan, keduanya saling membersihkan.

Tetapi ‘tangan’ yang ego, tidak mahu bersentuhan… Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!

Bila berbeza pandangan, pandangannya sahaja yang benar. Kau isteri, aku suami. Aku ketua, kau pengikut. Aku putuskan, kau ikut saja. Jangan cuba menentang. Menentang ertinya dayus. Maka terkapa-kapalah sang isteri tanpa boleh bersuara lagi. Sedikit cakap, sudah dibentak. Senyap-senyap, isteri menyimpan dendam. Suami ‘disabotaj’nya dalam diam. Tegur suami, dijawabnya acuh tak acuh. Senyumnya jadi tawar dan hambar. Perlahan-lahan, jarak hati semakin jauh. Cinta semakin rapuh.


Ada pula isteri yang ego. Heroin sudah mengaku hero. Suami dicaturnya satu-satu. Tidak jarang meninggikan suara. Silap suami yang sedikit didera dengan rajuknya yang panjang. Anak-anak dibiarkan. Dapur berselerak. Pinggan mangkuk tidak dibasuh. Kain baju sengaja disepah-sepahkan. Rasakan akibat menentang aku. Mengaku salah tidak sekali. Minta maaf? Pantang sekali!
Ego si suami selalunya terserlah. Boleh dilihat daripada jegilan mata dan suara yang meninggi. Mungkin pintu dihempaskan dengan kuat atau hon kereta ditekan bertalu-talu. Atau boleh jadi diherdik siisteri di hadapan anak-anak atau isteri diperleceh di hadapan saudara mara atau tetamu yang datang. Bila ramai yang datang bertandang itulah masa sisuami yang ego ini menunjukkan kuasa dan belangnya.

Ego siisteri terpendam. Mungkin kerana tidak ada dominasi kuasa atau keberanian, siisteri menunjukkan egonya dengan bermacam-macam-macam ragam. Daripada sengaja melaga-lagakan pinggan yang dibasuh… sehinggalah memalingkan badan dan muka ketika di tempat tidur.

Alhasil, cuaca rumah tangga menjadi muram. Rumah hanya jadi ‘house’ tidak jadi ‘home’ lagi. Tidak ada keceriaan, kehidupan dan kemanisannya lagi. Semuanya bungkam. Ya, rumah (house) dibina dengan batu, kayu dan konkrit, manakala rumah tangga (home) dibina dengan kasih sayang, cinta dan sikap saling menghormati. Tidak ada rindu yang menanti suami ketika pulang dari bekerja. Tidak ada kasih yang hendak dicurahkan oleh suami kepada isteri yang menanti di rumah. Anak-anak jadi kehairanan? Apa sudah jadi pada kedua ibu-bapa ku?

Bila ada ego di hati, cinta akan menjauh pergi. Retak akan menjadi belah. Kekadang hati keduanya merintih, mengapa jadi begini? Bukankah antara aku dan dia ada cinta? Mengapa terasa semakin jarak? Apakah yang perlu aku dan dia lakukan untuk menyemarakkan semula rasa cinta. Lalu akal berfikir, berputar-putar mencari idea. Oh, mari ulangi musim bulan madu yang lalu. Kita susuri pulau, tasik, laut atau lokasi pertemuan kita nan dulu.

Malang, cuma sebentar. Gurau, senda cuma seketika. Tidak mampu lagi memutar jarum kenangan lama dengan hati yang telah berbeza. Tidak ada lagi tarikan fizikal yang ketara. Cumbu berbaur ghairah seakan telah terlupa. Bulan madu yang cuba diperbaharui tidak menjadi… kedua hati bercakar lagi. Mereka cuba memperbaharui lokasi, tanpa memperbaharui hati. Selagi ada ego, ke mana pun tidak akan menjadi. Jika ada ego, yang wangi jadi busuk, yang manis jadi tawar, yang indah jadi hambar.

Ada juga pasangan yang hendak ‘membeli’ cinta. Ingin dibangkitkan kembali rasa cinta dengan mata benda. Nah, ini kalung emas ribuan ringgit sebagai tanda cinta ku masih pada mu, kata suami. Dan ini pula cincin berlian untuk memperbaharui kemesraan kita, balas siisteri. Masing-masing bertukar hadiah. Semoga dengan barang-barang berharga itu akan kembalilah cinta. Namun sayang sekali, sinar emas, cahaya berlian, tidak juga menggamit datangnya cinta. Cinta diundang oleh nur yang ada di hati. Nur itu tidak akan ada selagi ego masih ada di jiwa.

Susurilah cinta yang hilang di jalan iman. Buanglah kerikil ego yang menghalang. Ego hanya membina tembok pemisah di antara dua hati walaupun fizikal masih hidup sebumbung. Mungkin di khalayak ramai, masih tersenyum dan mampu ‘menyamar’ sebagai pasangan yang ideal tetapi hati masing-masing TST (tahu sama tahu) yang kemesraan sudah tiada lagi.

Pasangan yang begitu, boleh menipu orang lain. Namun, mampukah mereka menipu diri sendiri? Yang retak akhirnya terbelah. Penceraian berlaku. Mereka berpisah. Masyarakat yang melihat dari jauh pelik, mengapa begitu mesra tiba-tiba berpisah? Tidak ada kilat, tidak ada guruh, tiba-tiba ribut melanda. Oh, mereka tertipu. Perpaduan yang mereka lihat selama ini hanyalah lakonan. Allah membongkar rahsia ini menerusi firman-Nya:
“Kamu lihat sahaja mereka bersatu tetapi hati mereka berpecah.”
Carilah di mana Allah di dalam rumah tangga mu. Apakah Allah masih dibesarkan dalam solat yang kau dirikan bersama ahli keluarga mu? Apakah sudah lama rumah mu menjadi pusara akibat kegersangan zikir dan bacaan Al Quran? Apakah sudah luput majlis tazkirah dan tarbiah yang menjadi tonggak dalam rumah tangga? Di mana pesan-pesan iman dan wasiat taqwa yang menjadi penawar ujian kebosanan, kejemuan dan keletihan menongkah arus ujian?
Penyakit ego menimpa apabila hati sudah tidak terasa lagi kebesaran Allah. Orang yang ego hanya melihat kebesaran dirinya lalu memandang hina pasangannya. Hati yang ego itu mesti dibasuh kembali dengan rasa bertauhid menerusi ibadah-ibadah khusus – solat, membaca Al Quran, berzikir, bersedekah – dan paling penting majlis ilmu jangan diabaikan.

Firman Allah:
Dan berilah peringatan. Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada orang mukmin.”Sedangkan orang mukmin pun perlu diperingatkan, apatah lagi kita yang belum mukmin? Iman itu seperti mana yang dimaksudkan hadis, boleh menambah dan mengurang. Untuk memastikan ia sentiasa bertahan malah bertambah, hati perlu berterusan bermujahadah. Lawan hawa nafsu yang mengajak kepada ketakburan dengan mengingatkan bahawa Allah benci kepada orang yang takbur walaupun sasaran takbur itu suami atau isteri sendiri.

Bila terasa bersalah, jangan malu mengaku salah.

Segeranya mengakuinya dan hulurkan kata meminta maaf. Ular yang menyusur akar tidak akan hilang bisanya. Begitulah suami yang meminta maaf kepada isterinya.

Dia tidak akan hilang kewibawaannya bahkan bertambah tinggi. Bukankah orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah derjat dan martabatnya? Justeru, lunturkan ego diri dengan membiasakan diri meminta maaf. Tidak kira ketika kita rasa kita benar, lebih-lebih lagi apabila terasa kita yang bersalah.

Namun, lelaki yang tewas ialah lelaki yang sukar mengaku salah. Dia sentiasa tidak ingin mengalah. Pada ketika itu dia telah memiliki salah satu dari tiga ciri takbur yakni menolak kebenaran. Akuilah kebenaran walaupun kebenaran itu berada di pihak isteri. Tunduk kepada kebenaran ertinya tunduk kepada Allah. Jangan bimbang takut-takut dikatakan orang takutkan isteri. Kita takutkan Allah. Allah benci orang yang takbur.

Begitu juga isteri. Jika sudah terbukti salah, akui sahajalah. Dalam pertelagahan antara suami dan isteri, apakah penting siapa yang menang, siapa yang kalah? Kita berada di dalam gelanggang rumah tangga bukan berada di ruang mahkamah. Kesalahan suami adalah kesalahan kita juga dan begitulah sebaliknya. Rumah tangga wadah untuk berkongsi segala. Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan. Kalau kita menang pun apa gunanya? Padahal, kita akan terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh di bawah bumbung yang sama.

Mujahadahlah sekuat-kuatnya menentang ego. Bisikan selalu di hati, Allah cintakan orang yang merendah diri. Allah benci orang yang tinggi diri. Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat. Kita dan dia hakikatnya satu. Ya, hati kita masih dua, tetapi dengan iman ia menjadi satu. Bukan satu dari segi bilangannya, tetapi satu dari segi rasa. Sebab itu sering diungkapkan, antara makhluk dengan makhluk mesti ada Khalik yang menyatukan. Ingat, hanya dengan iman, takbur akan luntur, cinta akan subur!

duhai zauj::zaujah::

Apabila seorang lelaki dan wanita melangkah ke alam perkahwinan, setiap mereka membayangkan kebahagiaan ada di depan sana, kerana CINTA mereka telah
Setelah cita-cita untuk berkahwin tercapai, ia bukan la menjamin kebahagiaan seseorang.

Sebaik selesai diijabqabulkan, di sini bermula ‘cabaran-dugaan-masalah’.
Bagaimana menjaga sensitiviti pasangan masing-masing, mertua, tanggungjawab, ekonomi dan seribu satu macam masalah lagi...

Jangan menafikan ini semua!

Hanya pasangan yang tabah, sabar, berwawasan dan yakin sahaja sanggup menghadapi dugaan serta masalah tersebut dan akan terus melayari bahtera mereka hingga ke akhir hayat...
Tidak kurang juga pasangan yang kecundang, karam dan lemas...
Ini disebabkan kelemahan jiwa mereka...

Di saat itu, mereka memerlukan orang ketiga sebagai penasihat...
Dan berhati-hatilah mencari penasihat, kerana TERkadang, penasihat juga boleh menjerumuskan ke arah kehancuran rumahtangga tersebut.
Jangan ambil penasihat yang berciri BATU ASAH...

Pendapat soul, (serlahkan pendapat anda juga), ‘ perkahwinan itu sendiri’ “mengambil masa” untuk ‘proses penyesuaian’ antara lelaki dan wanita.’
Selagi kita tidak tinggal sebumbung, jangan sesekali kita katakan kita sudah cukup kenal seseorang...

Sesetengah orang berpendapat, mereka perlu mengenali pasangan mereka sebelum menikah...Dengan kata lain "bercinta dulu..."
Ada yang berjaya dan ada yang masih gagal mengenali pasangan mereka.

Ada perkahwinan yang terjadi tanpa pernah berlaku pertemuan atau perkenalan...
Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal...

Kebahagiaan sesebuah mahligai, tidak datang menggolek...
Kebahagiaan rumahtangga perlu dipupuk...

Semuanya terletak kepada ANDA, ‘suami dan isteri’, bagaimana mengemudikan bahtera rumahtangga tersebut…
Setiap pasangan meng’impi’kan pasangan yang akan memenuhi naluri atau impian mereka.

"Sebelum aku melangkah ke gerbang perkahwinan, aku meng’angan’kan suami yang BERIMAN, (bagiku, kalau dah beriman yang lain-lain akan lahir la, bertanggungjawab, sabar, pengasih, timbang rasa, tolak-ansur, persefahaman, cemburu dan jenaka.)
Sebaik cincin disarung ke jarimanisku, ingin saja aku berbisik kepadanya,

“Abang, andai abang impikan mahligai kita bahagia, semaikan keiman kepadaku dan anak-anak, bajai dengan kasih sayang, siramilah dengan persefahaman, belailah dengan tolak-ansur, renjiskan sedikit api cemburumu dan gemburkan dengan jenakamu...”

Tapi sayang, aku tidak berpeluang berbuat demikian...
Membentuk keluarga bahagia bukan la semudah kita melafazkan, “ Aku mahu keluarga bahagia.”


Sesiapa sahaja menginginkan keluarga bahagia. Tahukah kalian, rumahtangga bahagia ‘tidak ujud’ hanya dengan kata-kata...Ia memerlukan kesabaran, usaha dan yang paling utama pengorbanan...Pengorbanan suami-isteri ke arah itu...

Kesungguhan suami-isteri membentuk keluarga bahagia memerlukan ilmu (teori).
Ilmu bukan setakat teori sahaja, tetapi untuk di praktikkan!

“Rata-rata kita lihat lebih teori dari praktikal”

Rumahtangga bahagia, keluarga harmoni adalah cita-cita aku dan aku ingin merealisasikan sampai bila-bila...kerana aku berpendapat, keharmonian itu bermula dari rumah...
“Rumahku, Syurgaku.”

Kekadang kaum wanita terpaksa beraksi pelbagai cara, kekadang bersopan-santun, kekadang tunjukkan ketegasan..

Ingatlah perpatah ini “ LEMBUT WANITA BUKAN UNTUK DIPULAS...”

Kalau terpaksa berkeras, jadi la sekeras waja, kerana waja itu masih boleh di tempa...
Jangan kau jadi sekeras batu…kerana batu tidak mudah untuk dibentuk...
Ada masa kau perlu menunjukkan PENDIRIANmu...

Kebanyakan lelaki dambakan wanita ‘cerdik’...
Cerdik bukan hanya kerana ijazahnya kelas pertama..tetapi cerdik untuk menguruskan hal ehwal pentadbiran rumahtangga...
Cerdik dalam membuat keputusan bila suami dalam kebuntuan...
Cerdik mendidik anak-anak,
Cerdik dalam ‘argument’ dan lojik….
Jangan hanya jadi ‘pak turut’…

Wanita pula dambakan lelaki yang ‘ alert’...
Jangan setelah melakukan kesilapan baru mengaku TERsilap...
Lelaki hendaklah cekap dalam menangani masalah...
Jangan biarkan masalah menjadi ‘api dalam sekam...’
Bila parah, baru hendak bertindak...Saat itu mungkin sudah TERlambat, kerana ‘sekam’ telah menjadi abu dan tidak dapat diperbetulkan lagi keadaan...

Wahai wanita yang dipanggil isteri, taatlah suamimu selagi dia tidak menyekutui Allah dan RasulNya...
Wahai lelaki yang dipanggil suami, jangan engkau menyusahkan isterimu, selagi isterimu tidak menderhaka kepadamu, Allah dan RasulNya...

‘Beriman dan bertanggungjawab’ memainkan peranan yang penting dalam rumahtangga...
Dan, jangan sesekali menuntut “suami” sahaja, atau “isteri” sahaja memainkan peranan...
Sebenarnya, peranan itu untuk kedua-dua pihak..."suami-isteri.”

Itu la taarif “perkongsian hidup”...Peranan kedua-dua.
”Kongsi kasihsayang, tanggungjawab, kesetiaan dan seribu macam yang berkaitan dengan hubungan kedua insan yang bernama ‘suami dan isteri...’

‘Teori’ jangan hanya untuk mencari kelemahan pasangan kita...
TETAPI kedua-dua pihak WAJIB menunjukkan keIMANan dan TANGGUNGJAWAB masing-masing...
(‘menunjukkan’ di sini bukan bermaksud untuk dibangga-banggakan TETAPI sebagai AMALAN -PRAKTIKAL)

Contohnya: Jika suami leka menonton bola dan melambatkan sembahyang. Isteri WAJIB beri peringatan...
Begitu la sebaliknya jika isteri pula leka...

Aku ingin berpesan kepada wanita, sebagai isteri, jangan sesekali gentar atau takut untuk memperingati KELALAIAN suami...
Biar dia marah kita, katakan, ‘Allah lebih marah perbuatanmu...’
Dan, katakan ‘kita hanya takut kepada kemurkaan Allah...’
Jika suami itu seorang yang beriman, pasti dia akan tersedar dan ber’terima kasih’ kerana menyedarkanya dari kelalaian itu...
Tetapi kalau suami yang ego, pasti terdapat bantahan...Biarkan dia berbantah...
Sekurang-kurangnya, tanggungjawab kita sebagai isteri untuk memberi peringatan telah kita laksanakan...

Sabda Rasulullah SAW:
“Wahai suami, didiklah isteri dan anak-anakmu, kerana semua itu dibawah pimpinanmu dan di akhirat nanti, engkau akan dipersoal terhadap kepimpinanmu…”
Suami dan isteri adalah watak utama dalam pentas rumahtangga dan mereka perlu “berganding bahu” dengan utuh untuk membentuk ‘keluarga bahagia...’
Jangan sesekali ‘suami’ menunding kepada ‘isteri’ atau ‘isteri’ menunding kepada ‘suami’ bila berlaku atau terjadi kesilapan dan kelalaian, kerana jika salah seorang mereka ‘sedar’ terjadi kelalaian tersebut, kenapa tidak ‘diberi peringatan’ kepada pasangan kita?

Manusia sentiasa alpa...
Di sini ilmu amat penting...
Didik dengan lemah-lembut, tetapi ‘tegas’ atau ’keraskan’ suaramu jika terdapat KEDEGILAN di situ...
Jangan biarkan ‘dia’ mempermainkan perintah Allah SWT!
Alam perkahwinan itu ‘amat manis’...semanis berbulan madu, tetapi menjadi ‘amat pahit’...sepahit hempedu, jika pasangan tidak memainkan peranan yang sepatutnya seperti Allah telah tetapkan dan dipratikkan oleh RasulNya...
Kita tidak mungkin menjadi isteri/ibu, suami/ayah yang ‘perfect’...tetapi memadai, “tanggungjawab” kita tunaikan sebaik mungkin untuk pasangan kita dan anak-anak...
Cuba tunaikan HAK pasangan kita pun dah cukup..HAK isteri dan HAK suami...
Dan pesanan terakhir, “Jangan biarkan pasangan anda tidur sebelum berdamai, kerana tidur dalam keadaan perasaan TERTEKAN begitu tidak merehatkan rohani dan jasmani…dan lagi, bimbang kekalau di taqdirkan Allah...pasangan anda meninggal dalam tidur...kot-kot anda menghadapi tekanan jiwa yang teruk pulak...”
 

Blog Template by YummyLolly.com