Sunday, November 25, 2012
Istikharah pun diuji, kan? 
Istikharah itu perlukan mujahadah.
 Jangan pinta hidup yang mudah, 
tapi pintalah hati yang tabah. 

Tabah itu tidak dicapai hanya dengan kata-kata yang disulam oleh alQuran dan hadis. 
Ataupun oleh sajak dan ungkapan yang indah serta puitis. 

Bukan. 

Tabah itu ditempa oleh keperitan mujahadah,
 pengorbanan perasaan,
 dan sikap memberi yang tiada batasan.

 Jangan mengaku beriman jika belum diuji.
 Jangan mendakwa bahagia, jika belum banyak menderita kerana bahagia itu ditempa oleh derita. 

Iman itu bahagia. 
Iman itu diuji. 
Justeru, bahagia itu hadir apabila diuji.

0 nulih:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com