Wednesday, September 12, 2012
Jika mencari kesempurnaan daripada seseorang demi melengkapi hidup,sampai sudah tidak akan bertemu kerana sempurna itu hanya milik Allah. Semua hambaNya di muka bumi ini tiada yang sempurna. Kita selalu terpesona melihat kebahagiaan orang. suaminya kacak dan isterinya jelita, tetapi siapa tahu masalah mereka? Mereka pula tentunya melihat kita yang serba kurang ini penuh gembira. Mereka barangkalinya mahukan kegembiraan seperti kita. Rumusannya tiada siapa pun yang sempurna. Redhalah pada ketentuan takdir. Terimalah segalanya dengan penuh kesyukuran dan hati yang terbuka. Buatlah pilihan yang bijak berlandas iman dan takwa kita kepadaNya. Bukan memandang sempurnaan luaran yang tidak membawa manfaat dalam kehidupan dunia dan akhirat kita.

0 nulih:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com