Monday, August 15, 2011
rindunya...
sy slalu ingat awak
tmbh2 bulan ramadhan ni..
asal la sy xbley lupakan awak

napa sy xkuat mcm mak awak..mcm mk saya
sy marah diri saya
sy x buleh macam ni..
seolah2 saya xredha dgn ketentuan Allah
dah tersurat sejak azali..
sy mimpikan awak..
tp org ckap mimpi tu mainan tidur kn..
urmmm...

sy x buleh dok sorg2..nt sy t'igt kt awak
sy x buleh tgk barang yang awak bagi.. 
sy x buleh nk jumpa mak ayah awak
sy gelak2..tp sy menangis dlm hati
sy bising..tp sbena nya sy tipu diri sy

kenapa la sy lemah sgt ni!!!

Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya die telah berjaya dan ingatlah bahawa kehidupan di dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang yang terpedaya. (Surah Ali Imran 3: 185)

al-fatihah wat arwah
sayang .. zulkarnain ikhwan
adik .. meor luqmanul hakim
tok .. meor abd malek , ibrahim , sharif
sedara mara , muslimin muslimat fi kulli makan wa fi kulli zaman







BACAKAN DOA NI YA...

Wahai Allah, ampunilah ............., 
naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup.
 Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam,
 luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya.

Ya Allah ampunilah dosanya,
 sayangilah dia, 
maafkanlah dia, 
sehatkanlah dia, 
muliakanlah tempat tinggalnya, 
luaskanlah kuburannya, 
bersihkanlah dari segala kesalahan sebagaimana kain putih bersih dari kotoran, 
gantikanlah untuknya tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, 
keluarga yang lebih baik dari keluarganya, 
pasangan yang lebih baik dari pasangannya 
dan 
peliharalah dia dari seksa kubur dan seksa neraka."

amin ya rabbal 'alamin...



Seorang yang sudah wafat memang akan terputus amal-amalnya. Sebab orangnya sudah meninggal, tidak mungkin akan dapat melakukan amal. setelah kewafatannya,semua amalnya sudah terputus, sebab mayat tidak mungkin melakukan amal ibadah.
Benarlah sabda nabi Muhammad SAW ketika mengatakan bahawa seorang yang meninggal akan terputus amalnya, kecuali : 


"Apabila seorang manusia meninggal maka putuslah amalnya, kecuali tiga hal: Sedekah jariyah, anak yang shalih yang mendo'akannya atau ilmu yang bermanfaat sesudahnya" 
(HR Muslim, Abu Dawud, At-Tirmidzi, Nasa'i dan Ahmad).





0 nulih:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com