AMAT TERKESAN DGN KATA-KATA INI ::
Jika mahu mendapatkan suami yang soleh, tidak perlu bersusah-payah mencari yang soleh, sebaliknya berusahalah menjadi yang solehah. Jika mahu bertemankan isteri yang solehah, tidak perlulah sibuk sana-sini mencari si solehah, sebaliknya berusahalah menjadi yang soleh. Jika semua fokus untuk 'menjadi' dan bukan 'mencari', maka ramailah calon, mudahlah pilihan
Minggu ini agak menyesakkan fikiran disebabkan beberapa perkara yang tidak henti putus untuk mengganggu gugat diri dan perasaan. Bebanan kerja ditambah dengan tujahan dari luar membuatkan diri ini berasa lemah dan tiada semangat dalam menjalani hari-hari dalam kehidupan yang ditempuhi. Tiadalah tempat yang selayaknya berserah dan memohon melainkan hanyakepada Pencipta masalahnya juga. Dia lah yang menciptakan masalah yang dan Dia lah yang menciptakan penyelesaian.
Kelelahan dan kekusutan mungkin akan berlalu beberapa hari atau mungkin beberapa minggu, tetapi hakikatnya selepas itu akan ada hadiah berupa kekuatan diri yang semakin meningkat dalam menempuh badai dan ujian hidup yang mustahil untuk berhenti melainkan dengan hentinya pernafasan dan kakunya tubuh badan.
"Jika ujian yang seringkali datang membadai diriku itu tidak dapat membunuhku, sesungguhnya ia sebenarnya hanya menaikkan kekuatanku."
Tidaklah maksudku untuk menghiaskan diari ini dengan contoh-contoh masalah dan dugaan yang saya tempuhi, tetapi hanya sebagai medan luahan tempat hati munuturkan kekesalan, berkongsi kesedihan dan mencari semangat dalam membentuk diri yang 'baru' dari hari ke hari kerana setiap masalah yang datang itu sebenarnya menjanjikan satu peluang pelajaran untuk terus membaiki diri dalam usaha membentuk diri yang 'baru' itu.
Masalah itu datang tidak kira tempat dan waktu. Orang selalu berkata janganlah diberi perhatian kepada masalah kerana masalah itu lumrah, tetapi perhatikanlah kepada tindakan terhadap masalah itu. Janganlah meminta dikecilkan ujian, tetapi pintalah dibesarkan iman dalam menumpuhnya.
Hati insan bersifat lupa dan lalai kepada Penciptanya jika tidak sentiasa diperingatkan. Di waktu dalam keadaan terdesak, maka berjujuranlah air mata keluar mengadu pada Tuhan-Nya, tetapi di kala senang tiada setitik pun bahagian di hatinya dikhususkan bagi Tuhannya. Itu lah insan. Mencari Tuhan apabila diri tercari-cari. Melupakan tatkala berada dalam kesenangan. Lumrah kehidupan. Tetapi walaupun begitu, harapan harus jangan ditinggalkan kerana Dia mengetahui makhluk yang dicipta-Nya kadang-kadang terbabas dan terleka. Lalu dikejutkan dengan ujian supaya dia tersedar untuk mengelak dari kemalangan yang lebih besar. Lantas harus ada pengorbanan diri yang perlu dilakukan dalam menerima hadiah teguran Tuhan.
Pengorbanan itulah yang menjadi dasar pembentukkan seorang insan. Berkorban bukan atas kepentingan keduniaan. Semakin dekat insan dengan sisi-Nya, semakin besarlah pengobanan yang harus dilakukan.
bermula semester 3.. semoga kami berjaya menggapai impian dan cita2 yg diimpikan.. mampu menjadi murabbi yang terbaik wat bakal anak2 muridku
ummi dan ayah..doakan kejayaan saya.. insyaAllah, janji2 saya akan saya tunaikan
0 nulih:
Post a Comment