Monday, September 27, 2010

mereka yang bergelar ibu ayah ::



Suatu waktu dahulu..
Alhamdulillah dapat melihat dunia hingga saat ini..kita keluar dari rahim seseorang yang bergelar ibu.itu lah ibu kita hingga dunia dan akhirat..
Kita diajar meminum susu, meniarap, merangkap, berjalan dan berlari. Kita diajar mengenal huruf alif, ba dan ta..huruf a, b dan c..Diajar membaca bismillahirrahmanirrahim..diajar solat..diajar mengeja, membaca..diajar segala2nya..oleh dua insan itu..ibu dan abah..
Bila da besar sikit..dihantar ke tadika..masuk sekolah rendah, sekolah menengah hinggalah ke universiti..ingat lagi setiap detik itu..ibu dan abah hantar kita untuk tuntut ilmu..mencari pengalaman baru..setiap yang diaturkan untuk kita itu, semata2 untuk kebaikan kita di masa hadapan..insyaallah itu yg terbaik utk kiita, anak2 mereka..
Rindunya ibu dan abah..terlintas di fikiran..ibu dan abah berkerja sehari-hari utk apa??dari sebelum kahwin hingga saat ini masih bekerja..dari kuat tubuh fizikalnya hingga kini yang mungkin tidak sekuat dulu masih bekerja lagi..dari ibu dan abah yang dulu tidak beruban, kini dah beruban masih bekerja lagi..untuk apa semua tu??utk kita anak2 nya..Ya Allah besarnye pengorbanan mereka..
Ibu abah tidak pernah sedikit pun mengeluh atas segala kerenah kita..yang sorang perangai nya macam tu, sorang lagi mcm ni..dan pelbagai kerenah lagi ank2mu ini..tapi ibu abah tetap kuat dan tabah harungi semua tu..
Ya Allah berikanlah kekuatan kepada bah dan ibu ku..berikan kesihatan berpanjangan..gembirakan dan tenangkan hati mereka..rindu
Kita??bagaimana??... 

Kini tinggal dua susuk tubuh yang setia di situ, setia menanti, sentiasa berdoa untuk kecemerlangan, kesejahteraan dan kebahagiaan setiap anak-anaknya walau di mana pun anak-anak itu berada.

Setia di teratak ini menangisi di dalam hati, anak masing-masing pulang ke tempat belajar, tempat bekerja

Yang diharapkan mereka pasti kejayaan anak-anak masing-masing dan pastinya "DOA" yang wajib dan mesti setiap anak-anak itu titipkan di dalam setiap sujudnya, di dalam setiap doanya.

Itulah harapan ibu bapa.

Bukan sekadar dua susuk tubuh di hadapan ku ini sahaja seperti ini, saat ini

Pasti ibu bapa yang lain juga ditinggalkan di kampung, di rumah berperasaan seperti ini, setelah anak-anak, cucu-cucu beraya bersama lebih kurang seminggu, kini anak-anak pulang kembali menjalankan rutin harian biasa sebagai pelajar dan pekerja

Buat diri dan semua insan yang bergelar anak, yang masih bergelar anak dan pasti yang tetap bergelar anak

Titipkan doa kita buat ibu bapa kita

Setiap saat, setiap waktu di dalam solat kita

Selain kecemerlangan dan kejayaan anak-anak dalam setiap amal ibadatnya, doa buat mereka pasti yang mereka dambakan dari insan yang bergelar anak ini

Sentiasalah menghubungi ibu bapa kita di kampung walau sesibuk mana pun kita

Kerana pasti mereka sentiasa menantikan khabaran anak-anak dan kita bertanya khabar mereka walau di mana pun kita berada

Mereka tetap di situ dan masih setia di situ, mananti khabaran dari anak-anak

0 nulih:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com