mati itu pasti..
xkire usia..tua atau muda..
xkire thap kesihatan..sihat mahupun sakit..
x kire siape..sama ada tua atau miskin..
kte sume tetap sama..
hamba Allah yang kerdil lagi hina dina..
kurang dari setiap segi..ilmu..paras rupa..kelebihan..kepandaian..
kekurang dan kelebihan adalah kurniaan daripada Allah..
namun kadang-kadang kita lupa..alpa dan leka..
di setiap pertemuan..pasti ada perpisahan..
disetiap permulaan pasti akhirannya..
dan setiap permulaan kehidupan pasti ada kematian..
Kematian adalah satu perkara yang pasti akan berlaku. Firman Allah :
"Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian.”
Apabila berlaku kematian, jelas terpancar di wajah waris-waris si mati keadaan yang sugul dan berduka dengan pemergian insan yang tersayang. Inilah ratapan yang menjadi adat terutamanya masyarakat melayu kita. Di saat pengurus jenazah mengatakan, ”Di minta waris-waris menatap wajah arwah buat kali terakhir”. Pastinya waris-waris yang terdiri daripada anak-anak, isteri dan adik-beradik mencium si mati mungkin buat kali pertamanya. Mungkin sukar untuk menzahirkan kasih-sayang di dalam bentuk fizikal berbanding yang berbentuk emosi ketika arwah masih hidup dahulu. Penghormatan terakhir ini memberi makna yang mendalam kepada setiap orang yang menyaksikannya. Semoga mereka yang telah pergi ke rhmat Allah dilimpahkan rahmat dan keamanan di alam sana.
Mungkin ini satu ingatan buat diriku yang sering lupa. Nabi s.a.w. pernah berpesan kepada umatnya.
"Di saat kematian itu menjelma akan terputuslah segala amalan kecuali 3 perkara iaitu;
sedekah jariahnya ketika hidup,
ilmu yang bermanfaat
dan
do’a anak yang soleh”.
Bila diamati semula wasiat nabi ini maka beruntunglah bagi mereka yang beringat ketika hidup. Ya Allah letakkanlah kami di kalangan orang-orang yang kau kasihi.Mudah-mudahan Allah meletakkan mereka ini dekat denganNya dan memberikan keamanan di alam baqa sana berkat doa anak-anak yang soleh. Insyaallah.
p;s :: semoga roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman..
0 nulih:
Post a Comment