Thursday, July 15, 2010
alhamdulillah..
I wish 2 offer my congratulations n felicitation to all jpp n ipdarians. Way to go!

MAJLIS PENYERAHAN KAD UCAPAN SELAMAT HARI GURU TERBESAR DAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-20..


korg memang best..
n saya juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan trilion tanx 2 my fwen n adik2 yg banyak membantu saya, selaku jawatankuasa sambutan bagi majlis ini..
pembawa bunga manggar yang comel..sirih junjung n bunga pahar yang cute..pasukan kompang yang okeh n pemegang bendera yang sporting *even ad gak yang malas*
haha..


okeh..ape yang saya merapu neh..
baca eh kt bawah ni!!!


kad terbesar ipg kda

IPG Kampus Darul Aman Hasil Kad Ucapan Terbesar
JITRA: Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Darulaman menghasilkan kad ucapan terbesar 1Malaysia berukuran 34.5 meter panjang dan 16 meter lebar sempena sambutan ke-20 tahun penubuhan institut tersebut dan sambutan Hari Guru yang baru berlalu.
Kad berkenaan yang dihasilkan oleh 900 pelajar daripada 1,200 keping 'mounting board' dengan kos RM9,000 telah dimasukkan ke dalam Malaysia Book of Records sebagai kad ucapan terbesar. Yang Dipertua Jawatankuasa Perwakilan Pelajar IPG itu, Mior Fakhrullah Abdul Jalil berkata usaha membuat kad itu bermula pada 28 Jun lalu dan siap Isnin lepas.
"Matlamat penghasilan kad ucapan terbesar ini adalah untuk menerapkan unsur-unsur jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial dalam diri bakal-bakal guru di sini.
"Keseimbangan yang baik antara kelima-lima elemen ini akan melahirkan guru yang berkaliber dan bertanggungjawab terhadap amanah mereka sebagai seorang guru," katanya.
Kad tersebuat akan ditempatkan di perpustakaan baru IPG itu yang dijangka dirasmikan Oktober depan.
Pengarah IPG berkenaan, Roslan Abdul Hamid berkata penghasilan kad terbesar tersebut merupakan usaha dan komitmen tinggi para warga IPG Kampus Darulaman bagi menunjukkan semangat 1Malaysia mereka.
Wakil Malaysia Book of Records, Myra Dzaman berkata rekod terdahulu berukuran 19.63 meter panjang dan 9.53 meter lebar telah dibuat oleh Victoria Institution di Kuala Lumpur. - BERNAMA


penat lelah..wang ringgit..tenaga..masa..kelas akhirnya terbayar..
tengs a lot pada sume yang terlibat..
even utk menyiapkan kad ini penuh onak dan duri yang terpaksa ditempuhi dan jerit payah yang terpaksa dibayar..
benar bak kata pepatah ..
" bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian"  dan setiap kepahitan itu, akhirnya pasti akan ada kemanisan




p/s :: really tanx 2 him coz give me kemanisan yang amat pedih pada hari ini..

0 nulih:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com