Thursday, June 24, 2010

Dessert??

Saya ada satu soalan, kalau anda makan, anda akan makan buah sebelum atau selepas makan main course? Aku rasa kebanyakan dari kita akan makan buah selepas kenyang dengan main course. Bagi masyarakat barat, buah boleh diklasifikasikan sebagai dessert atau pencuci mulut. Rata-rata masyarakat kita hari ini berpegang pada konsep ini iaitu makan main course dahulu kemudian barulah mengambil buah-buahan sebagai dessert. Sebenarnya, konsep ini lari dari sunnah yang dianjurkan oleh nabi Muhammad S.A.W. Betapa halus agenda barat dalam melarikan kita daripada mengikut jejak sunnah nabi.

Nabi Muhammad S.A.W kebiasaannya akan mengambil buah-buahan dahulu sebelum baginda mengambil makanan yang lain. Kenapa? Baca artikel di bawah ini,
“Satu-satunya masalah yang timbul dalam pemakanan buah-buhan ini adalah kebanyakan orang tidak tahu untuk memakannya dalam satu cara yang membolehkan tubuh badan menggunakan zat makanannya dengan amat berkesan.Anda hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong.Kenapa?Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut.Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil,di mana ia mengeluarkan gulanya.Tetapi,sekiranya terdapat kanji,kentang ataupun daging di dalam perut,buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai.Pernahkah anda memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam?Ini kerana anda tidak makan dengan cara yang betul.ANDA SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG”.(Anthony Robbins, Unlimited Power)

Ada yang mengatakan petua makan buah dahulu turut diriwayatkan dalam sebuah hadith tapi setakat yang saya cuba cari, tiada bukti kukuh yang mengatakan ada hadith sahih mengenai perkara ini. Tapi berdasarkan daripada artikel di atas ini, jelas bahawa selama ini kita (mungkin saya sahaja dan anda tidak) silap dalam mengamalkan tabiat pemakanan yang betul dan sihat. Dalam al-Quran surah al-Waqi’ah ayat 20-21, Allah S.W.T berfirman,
وَفَاكِهَةٍ مِّمَّا يَتَخَيَّرُونَ وَلَحْمِ طَيْرٍ مِّمَّا يَشْتَهُونَ
“ Dan buah-buahan dari apa yang mereka pilih, dan daging burung dari apa yang mereka inginkan.”
Jelas dalam ayat al-Quran di atas, Allah menyebut buah-buahan dahulu sebelum daging. Mengapa? Pasti ada makan yang tersirat di sebalik ayat di atas yang Allah mahu hamba-hambaNya mengkaji dan diinterpretasikan untuk diguna pakai dalam kehidupan harian.
Dan jangan terkejut jika anda dapat tahu bahawa orang Yahudi akan mengambil buah dahulu sebelum mengambil makanan berat yang lain. Alasan mereka ialah kerana pengambilan makanan berat dahulu akan membuatkan kita mengantuk dan susah untuk memahami apa yang kita belajar. Mungkin sebab itu tidak hairan mengapa kaum Yahudi berjaya melahirkan ramai golongan cerdik pandai yang berjaya dalam berbagai bidang.
Saya pernah terbaca satu artikel panjang mengenai usaha barat untuk mendidik masyarakat dunia supaya kerap mengambil hati dalam pemakanan harian kerana khasiat yang terkandung di dalam hati walhal, islam menegah umatnya daripada memakan organ-organ haiwan kerana bahaya yang terkandung di dalamnya (betulkan jika saya salah).
Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan sebarkan kepada rakan muslim yang lain. Wallahu’alam.

0 nulih:

Post a Comment

 

Blog Template by YummyLolly.com