1. Sesungguhnya Allah Maha Kasih dan lembut, suka kepada hamba yang bersifat kasih & lembut. Dan Allah memberi hasil dari kelembutan & ketenangan apa yang tak tercapai dengan kekerasan & kemarahan.
2. Bekunya air mata kerana kerasnya hati, kerasnya hati kerana banyaknya dosa. Banyaknya dosa kerana panjangnya angan-angan. Panjangnya angan-angan kerana cintakan dunia.
(Imam Ghazali)
3. Barangsiapa mencari redha Allah dengan murahnya manusia, nescaya ia dicukupkan Allah dari perbelanjaan manusia dan barangsiapa mencari kemurahan Allah dengan redha manusia, nescaya diserahkan Allah kepada manusia.
(Hadith)
4. Ada seketul batu yang tidak berubah dari dulu walau dilanda ombak ganas dan ada seketul batu berlekuk kerana ditimpa lembutnya titisan air. Jadilah sekukuh batu di pantai dan selembut air yang menitis.
5. Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan perintah Allah) dengan sabar dan dengan mengerjakan sembahyang kerana sesungguhnya Allah menyintai orang yang sabar.
(Al-Baqarah: 53)
6. Kembalikan apa yang DIA kurniakan padamu kepadaNYA. Mata melihat makhluk, hati melihat Khaliq.
7. Sesungguhnya Allah membeli diri dan orang yang beriman, bahawa untuk mereka itu syurga. Mereka berperang di jalan Allah, lalu mereka membunuh atau terbunuh, sebagai janji yang benar dari Allah dalam Taurat, Injil dan Quran, Siapakah yang lebih tepat janjnya dari Allah? Sebab itu gembiralah kamu dengan penjualan yang kamu jual itu, demikian itulah kemenangan yang besar.
(At-Taubah: 111)
8. Mencari teman untuk kebahagiaan dunia, perhatikan benar-benar budi pekertinya. Manakala mencari teman demi kebahagiaan akhirat, perhatikanlah urusan agamanya.
(HR Al-Ghazali)
9. Dan kami turunkan Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian.
(Al-Isra’: 82)
10. Cinta manusia, manusia akan mati, cinta kepada yang agung itulah yang hakiki. Jadilah sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Al-Bayyinah: 8- “Allah redha kepada mereka dan mereka pun redha kepadaNYA, yang demikian itu adalah balasan orang yang takut kepada Allah. “
11. Yang paling mahal di dunia adalah ikhlas, tiap kali riya’ cuba dikikis, ia seolah-olah tumbuh semula di corak yang lain.
(Hukama’)
12. Riwayat Ibnu Abbas, Tafsir Ibnu Kathir: Allah memerintahkan wanita mukmin apabila keluar dari rumah-rumah untuk mendapatkan keperluan, supaya menutup wajah-wajahnya dari atas kepalanya dengan jilbab dan menampakkan mata.
(Al-Ahzab: 59)
13. Di sisi Allah s.w.t. itu 100 rahmt, diturunkan 1 rahmat bagi insan, jin dan binatang, dengannya mereka makn dan selagi berhubungan, dengannya juga binatang buas memberi makan kepada anaknya, baki 99 rahmat Allah akan dikurniakan kepada hambaNYA pada hari kiamat.
14. Ummu Salamah r.a.: Ketika turunnya ayat: “Hendaklah menghulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka, maka keluarlah wanita ansar seolah-olah ada burung gagak di atas kepala mereka kerana mereka berpakaian hitam.
(Buku Tazkiyatunnafs)
15 Maka sabarlah engkau (mendengarkan) apa-apa yang mereka katakan dan bertasbihlah engkau memuji Tuhanmu, sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya.
(Al-Qaaf: 39)
16. Rasulullah bersabda: “Berbahagialah bagi manusia yang sentiasa mengingati aib sendiri daripada keaiban orang lain.”
17. Sabda Rasulullah s.a.w.:”Sesungguhnya syaitan mengambil ruang di hati anak Adam. Kiranya dia mengingati Allah ia (syaitan) akan beredar dan apabila dia lupakan Allah ia (syaitan) kan menutup hatinya maka yang demikian itulah was-was khannas.
(Hadith Gharib)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 nulih:
Post a Comment